Kukuhkan UMNO Dulu, Apa Langau Yang Lain, Kita Selesai Kemudian

ADAT bila dah kalah, macam-macamlah dugaan dan cabaran.  Ini biasalah, dimana-mana pun berlaku.  Alangkah bini yang lama bersama, beranak pinak segala pun, ada yang tinggalkan suami bila hidup dah susah, ini pulak komponen parti politik.

Pokok pangkalnya sekarang ialah UMNO perlu diperkukuhkan dulu.  Hari ini UMNO, Presiden dan Timbalan Presiden pun takde – secara teknikalnya.  Organisasi itu perlu diperbetulkan balik, susun semula jentera untuk lebih agresif dalam memikul peranan baru sebagai pembangkang.

Dalam tempoh itu, apa bunyi “langau” – seperti cadangan nak mengusir UMNO dari BN, datang dari parasit yang selama ini hanya tahu menumpang senang, UMNO perlu lupakan.  Nanti sibuk melayan, apa kerja pun tak jalan. Boleh jadi, itu hanya pandangan peribadinya sendiri, tak kena mengena dengan kepimpinan tinggi parti yang diwakilinya, buat apa nak bagi perhatian sangat?

Bila UMNO dah kukuh, bila UMNO dah kuat dan kembali dapat sokongan rakyat, masa itu parti penuh lembu dan kerbau pun akan datang minta berkomponen.

Lagipun rakyat hari ini tengah terbeban dengan segala macam.  Kos sara hidup tak turun, minyak tak turun, rumah tak murah, pentadbiran tak melaksanakan janji pilihanraya – semuanya (setakat ini), flip flop pulak lagi (HSR), semua ini perlukan UMNO untuk menjuarainya.

Setakat nak tunjuk Jalan Tunku Abdul Rahman penuh, bazar Ramadhan penuh, itu zaman Najib pun berlaku.  Hakikatnya janji planet dan galaksi dalam PRU dulu tu mana?

Ini penulis difahamkan, ada di negeri yang baru diperintah Pakatan, janji dalam manifesto BN pun diambiknya jadi acara tahunan dan diperluaskan pulak lagi, punyalah koman.

Pasal dia sendiri takde apa nak janji pada rakyat, semuanya harap pada 10 pertama dalam 100 hari yang telah ditangguhkan entah sampai bila.  Tambah pulak baru-baru ni, dalam heboh kata negara berhutang, nak buat pulak pinjaman baru dengan negara lain, sebijik macam orang pinjam along, gali lubang kambus lubang.

Hutang pinjam dengan negara sama berpuluh tahun dulu pun tak habis lagi

Dengan GST menjadi 0% hingga Ogos sebelum SST 10% mengambil tempat, negara mungkin hilang berbilion pendapatan sebulan, harga barang tak turun mana pun – ramai yang kata susah, bukan lagi persoalan betul ke, tapi bila!!

Bila semua itu berlaku siapa nak bantu rakyat, UMNOlah.  Sebab tu UMNO tak boleh terganggu dengan langau dan parasit yang cuba menjejaskan usaha memperkukuhkan UMNO yang sedang berjalan.

p/s gambar hanya hiasan, kalau nak terasa bukan masalah penulis.

Related Articles

5 Comments

  1. Di Parlimen Bera, secara tradisinya Gerakan mewakili BN utk bertanding di DUN Triang. Tapi yg menyedihkannya, majoriti poster calon BN itu kebanyakannya terpasang di kwsn yg ramai pengundi Melayu shj. Dengan kata mudahnya, hampir 55% jentera BN yg bergerak aktif datang dari UMNO yang merupakan komponen ketiga terbesar di dalam DUN berkenaan.
    Apakah Gerakan tidak memikirkan pengorbanan UMNO? Meskipun begitu, UMNO tidak pernah menyalahkan Gerakan atas kekalahan calon Gerakan di DUN ini krn bkn suatu rahsia lagi, pengundi² Cina dari ahli Gerakan termasuk juga MCA di DUN Triang ini mmg kurang tertarik utk memenangkan calon BN.

  2. Sebaiknya fokus kepada bagaimana memantapkan UMNO demi kelangsungan agama, bangsa dan negara. Individu yang berada di dalam UMNO perlu bermuhasabah dan menilai sendiri akan kewajaran untuk kekal dalam jawatan yang sedia ada. Jika sekiranya masih relevan untuk berjuang maka tawarkanlah diri untuk diangkat menjadi suara ahli-ahli yang sudi mengundi. Seandainya terasa bahawa tiada ruang dan tidak lagi diterima oleh khalayak ahli yang mahupun tsunami turut berlaku di dalam UMNO, berundurlah dengan cara penuh hormat dan berkongsilah pentas pengalaman untuk mereka yang dipilih nanti untuk meneruskan kesinambungan perjuangan. UMNO perlu teguh dan utuh.

    Jangan sampai ketamakan kuasa dan menjadi raja duit, maka nilai bangsa dan perjuangan nasib Melayu tergadai kerana budaya jijik ini.

  3. Spt mana yg dijelaskan oleh YB TS Annuar Musa, hanya sekitar 2.4% je kaum Cina undi BN. Tp peliknya masa BN masih kerajaan, segala mcm tuntutan termasuk yg pelik² lg tak munasabah puak ni minta..

  4. Saya bersetuju dgn DS Nazri,BN adalah jenama yg tidak laku lagi,oleh itu Umno perlu keluar dari BN.Jika Umno benar-benar sudah di perbetul kan ,total overhaul Umno boleh bertanding di semua kerusi mejoriti Melayu,tidak perlu lagi di berikan kepada MCA,MIC Gerakan dsb.Lima tahun mendatang banyak perkara yg akan berlaku,rakyat pun mungkin sudah mengenali siap sebenarnya PH dan pahit maung bernaung dibawah pemerintahan kukubesi Mahathir.Melayu mungkintersepit,kemana lagi mereka mahu mengadu kalau bukan kepada Umno.Umno perlu benar-benar berubah,berjuang utk rakyat khususnya Melayu dan Bumiputra.Insyaallah Umno akan kembali di sokong oleh rakyat.

    Umno juga sudah boleh bertapak di Serawak,bila PBB keluar dari BN,dan tidak ada ikatan lagi bagi mematuhi janji Umno tidak akan masuk ke Serawak.Umno sendirinya boleh bertanding dan memanangi melebih 100 kerusi jika kena dgn gayanya.Umno bakal kembali mendominasi politik negara,sebagai parti Melayu Islam yg tulin.Kalau ini boleh di capai,banyak parti -parti lain akan mahu bersama Umno utk menubuh kerajaan nanti.Insyaalah Umno akan berjaya.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker