Nyawa jadi galang ganti jika khianat sindiket dadah antarabangsa

Nyawa jadi galang ganti jika khianat sindiket dadah antarabangsa

Peras ugut, upah pembunuh upahan termasuk menculik serta sanggup membunuh ahli sindiket dadah. Itu taktik kejam sindiket dadah antarabangsa termasuk dari negara jiran jika ada yang mengkhianati mereka.

Menurut sumber, malah, jika ada ahli sindiket yang didapati membocorkan operasi mereka kepada pihak berkuasa keselamatan nyawa mereka akan terancam dan mungkin menjadi korban.

“Sindiket dadah antarabangsa ini mempunyai rangkaiannya dan turut mempunyai ‘kaki’ di setiap negara termasuk di Malaysia yang bekerjasama dalam menyeludup dan mengedar dadah.

“Jika ada ahli sindiket yang tersilap langkah dan cuba menipu serta melarikan wang hasil penjualan dadah jika tidak bernasib baik akan berdepan hukuman yang kejam termasuk dibunuh,” katanya.

Sumber berkata, taktik hukuman kejam dengan menculik, memukul, mengupah pembunuh upahan itu turut digunakan sindiket dadah antarabangsa termasuk yang beroperasi di sempadan Kelantan-Thailand.

“Apabila ahlinya menimbulkan masalah atau menjadi tali barut kepada pihak berkuasa, taktik kejam itu akan digunakan.

“Jika bernasib baik akan terselamat jika tidak akan menjadi korban mereka,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, antara amaran awal yang dilakukan kepada ahli sindiket termasuk menghantar peluru hidup malah lebih teruk ada yang dilempar bahan letupan ke rumah.

“Malah jika yang sudah berkeluarga keselamatan isteri dan anak-anak juga terancam. Ini dibuktikan dengan kejadian terbaru membabitkan ejen kosmetik diculik beberapa lelaki dari rumahnya di Kampung Semat Jal, Tumpat, Kelantan, pada 13 September lalu.

“Itu amaran sindiket terbabit jika ada ahlinya membuat masalah dan berhutang dengan mereka yang ada mencecah ratusan ribu malah jutaan ringgit,” katanya.

Sumber itu berkata, jika ada pengedar dadah dari Malaysia termasuk di Kelantan yang gagal menjelaskan hutang kepada pembekal dari negara jiran itu senario buruk akan berlaku sama ada kepada diri mereka sendiri atau ahli keluarga.

“Bermula dengan pertelingkahan dan menghantar amaran awal sehinggalah kepada insiden sama ada dibunuh atau menjadi mangsa culik sebelum diseludup menggunakan laluan tikus ke negara jiran.

“Jika mereka sudah berada di negara jiran, hukuman lebih kejam akan dilakukan termasuk diseksa jika gagal membayar hutang yang tidak dijelaskan,” katanya.

Kata sumber, ada sindiket yang mengupah ahlinya yang berada di negara ini untuk melakukan kerja-kerja mereka dan ada yang yang menggunakan laluan tikus di Sungai Golok menyusup masuk serta melakukan tindakan kejam kepada mereka yang membelot.

“Jika diculik dan dibawa ke negara jiran terbabit nasib mereka tidak akan diketahui, dan polis Malaysia terpaksa bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk menyelamatkan mangsa.

Harian Metro sebelum ini melaporkan perselisihan antara ahli sindiket dadah dipercayai punca utama seorang wanita yang juga ejen jualan kosmetik dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Wakaf Bharu, Kelantan pada 13 September lalu.

Mangsa disyaki dilarikan ke negara jiran melalui pangkalan haram di Kuala Jambu, Tumpat ekoran penemuan kereta yang digunakan suspek.

Difahamkan suami mangsa mempunyai perselisihan faham dengan sindiket terbabit membabitkan hutang mencecah ratusan ribu ringgit.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun dilaporkan berkata, siasatan awal pihaknya mendapati suami kepada mangsa dipercayai terbabit dalam aktiviti penyeludupan dadah.

Susulan itu katanya, polis sudah menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan wanita, bagi membantu siasatan.

“Kita sudah memohon bantuan daripada pihak berkuasa Thailand bagi menyelamatkan mangsa berusia 36 tahun dan usaha ke arah itu giat dilakukan,” katanya dipetik. HM

Nyawa jadi galang ganti jika khianat sindiket dadah antarabangsa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker