“Kontroversi” Dah Selesai, Bolehlah Fokus Pada Kos Sara Hidup Rakyat

SEINGAT penulis sepanjang kempen PRU14 yang lepas, tidak ada langsung disebutkan tentang masalah siapa nak dilantik menjadi apa jika berjaya membentuk kerajaan. Yang ada hanyalah retorik konon rakyat sana susah, rakyat sini merana dan yang semacam itu, maka itu kerajaan perlu ditukar untuk menyelesaikan semua masalah tersebut.

Maka itulah, walaupun sudah pun “mengetahui” hutang negara berjumlah RM 800 billion sejak 2016 lagi, itu tidak menghalang pelbagai janji bulan dan bintang berkaitan kos sara hidup rakyat, dirangka untuk mendapatkan undi dalam PRU14.  Takde sebut pun masalah siapa akan pegang jawatan apa kalau menang?

Apa rupanya bila dah dapat undi dan membentuk kerajaan, hutang negara pun “masih sama” RM 800 billion – semua janji-janji bulan bintang berkaitan kos sara hidup itu pun ditangguhkan tanpa ada tarikh akhir bila nak dilaksanakan, terutama 10 yang pertama tu.  Kalau 10 pertama tangguh, yang lain dalam buku tu, boleh lupakan sajalah agaknya.

Sebab itu kontroversi melibatkan perlantikan jawatan tertentu yang berlaku akhir-akhir ini, pada hemat penulis, sekadar wayang untuk mengalihkan perhatian rakyat dari kegagalan melaksanakan janji atau nama lain kepada janji dicapati.  Kos sara hidup dan bebanan rakyat yang dijadikan isu dulu, masih ada disitu – tanpa nampak sebarang penyelesaian jangka panjang.

GST, walaupun kadarnya menjadi 0%, tidak banyak membawa perubahan kepada kos sara hidup rakyat. Harga barang masih mahal macam biasa, malah di kawasan-kawasan tertentu, melibatkan jenis barang tertentu juga, harganya menjadi lebih mahal pulak lagi dari sebelum kadar GST disifarkan.

Ini yang rakyat bimbang, sebab itu belum lagi SST dengan kadar 10% diperkenalkan semula bulan September nanti.  Ini yang penting, bukan soal siapa nak jadi apa!

Walaupun dalam masa yang sama, penulis tertarik dengan keupayaan orang yang tidak ada jawatan dalam kerajaan, tapi mampu “menyelesaikan” kontroversi berkenaan setelah mengadakan perjumpaan.  Apa dah jadi dengan semua orang kerajaan, siapa sebenarnya yang jadi ketua sekarang?

Prerogative orang lain, bila ada kontroversi, yang bincang dan selesaikan, ialah orang lain – takde jawatan dalam kerajaan pulak tu?  Itu belum cakap lagi pasal Majlis Orang Tua-Tua yang nampaknya begitu berkuasa dalam soal-soal tertentu walaupun kewujudannya  tidak berperlembagaan, sekarang orang luar kerajaan pulak menyelesaikan kontroversi perlantikan jawatan.

Apa sudah jadi dengan negara kita?

 

Related Articles

2 Comments

  1. Kerajaan hari ini hanya mementingkan idealogi politik mereka sahaja bukannya benar2 membantu rakyat.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker