0% GST Tidak Memberi Banyak Impak, Harga Barang Rata-Rata Masih Mahal

PEMERHATIAN penulis 14 hari selepas kadar GST diturunkan menjadi 0%, langkah yang dilaksanakan itu tidak langsung memberi sebarang impak kepada sara hidup rakyat kerana harga barang dan perkhidmatan rata-ratanya bukan bertambah murah tapi semakin mahal.

Tinjauan penulis, jika makan di restoran tertentu, harga sudah naik beberapa sen daripada yang lama.  Sebuah rangkaian restoran berasaskan steamboat umpamanya, jika dulu kuah tomyam tu berharga RM15, sekarang dah RM15.xx macam itu.

Baru kuah, belum yang lain.  Entah mana datang yang sen sen dibelakang tu pun tak tahulah, GST dah 0% kan? Dalam menu tu pulak, semua tanda harga sudah ditampal baru, belum sempat print menu yang baru agaknya.

Itu baru satu contoh, ada lagi kalau nak disebutkan.



Komputer riba nipis jenama terkenal dengan GPU 1070 satu lagi.  Masa GST 6%, harganya RM 10,688 tapi selepas GST 0%, harga sudah jadi RM 10,999 (online)!! Kalau ikut logik selepas GST 0%, patutnya harga turun kepada RM 10,000 lah kan pasal GST 6% dah takde, kenapa naik lebih RM 300 pulak lagi?

Mungkin hujahnya semua barang/perkhidmatan yang dijadikan contoh dalam artikel ini, bukan barangan keperluan atau yang selalu digunakan rakyat berpendapatan rendah, tapi memanglah, selama hari ini – waktu GST 6%, barang keperluan memang GST 0% pun.

Tapi itu tidak menghalang penyokong pembangkang masa itu menjadikannya sebagai isu besar dalam media social kan?  Samalah macam sekarang.

Keseluruhannya, situasi ini semua ternyata membimbangkan rakyat kerana belum lagi SST 10% diperkenalkan.  Apa agak jadi setelah SST 10% diperkenalkan nanti?



Tak hairanlah, waima selepas GST jadi 0% pun, ada orang memberikan gambaran hidup rakyat akan bertambah susah sehingga rakyat terpaksa jalan kaki untuk kemana-mana.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker