UMNO Perlu Bangkit

UMNO/BN tidak boleh terus membiarkan kekalahan 9 Mei lepas terus menjadi penghalang untuk bangkit dan kembali menerajui semula negara ini dalam PRU15 yang akan datang.  Ini adalah masanya untuk memperbaiki kelemahan diri dan melihat semula dimana salah dan silapnya.

Apa yang lepas tu, biarlah lepas sebab di depan ni terutama dalam tempoh 100 hari pertama, ada banyak isu rakyat yang perlu dijuarai UMNO/BN kalau kerajaan campuran minoriti yang dok ada sekarang ni gagal melaksanakannya.

Kalau takdak UMNO/BN, siapa nak perjuangkan?

Takkan nak harap penyokong Pakatan menyerang kegagalan sendiri kot, UMNO/BN lah yang kena buat semua kerja tu.  Sekarang ini pun selepas 5 hari pertama, kita lihat tidak nampak ada apa yang berubah seperti yang selalu digebangkan penyokong Pakatan kalau bertukar kerajaan.  Semua yang diserang dan dibangkang dulu, masih ada sehingga sekarang.

Harga barang, kos sara hidup dan sebagainya ni lagi jangan cakaplah, masih jauhlah nampaknya untuk melihat apa-apa perubahan sebab dalam 10 perkara utama yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari, tidak ada dinyatakan secara khusus – melainkan penghapusan GST.  Tapi ada ganti SST dan berapa peratus SST masih tidak disebut.  Nak turun berapa banyak pun kita tak boleh nak bayangkan lagi.

Begitupun kita faham mereka perlu diberi masa dan itulah seratus hari ke depan ini (dah kurang jadi 95 hari), kalau masih tak barubah jugak, siapa yang akan menjuarai isu bagi pihak rakyat kalau bukan UMNO/BN!!

Sebab itu kita kata UMNO perlu bangkit, dengan mesyuarat MT hari ini menentukan hala tuju apa yang nak dibuat selepas ini.  Segala perbalahan dan apa juga perebutan jawatan perlulah ditolak ketepi.

 

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

10 thoughts on “UMNO Perlu Bangkit

  • Pingback:UMNO Perlu Bangkit | MYKMU.NET - Sayap Tempur

  • May 14, 2018 at 2:50 PM
    Permalink

    Macam bro kalau tun mahathir tak paksa astor bagi siaran percuma EPL pada stasen tv awam kita akan serang mereka cukup…

    Aku galak kan semua cyber trooper bn simpanan manifasto ph negeri mereka takbir , manifasto 100hari dan manifasto 5tahun ph itu kalau mereka gagal tunaikan kita akan serang ph itu cukup2

    Reply
  • May 14, 2018 at 6:17 PM
    Permalink

    Umno perlu bangkit biar pun bertatih.Tapi offer dulu pada mereka yg tidak punya kesanggupan utk bersusah payah supaya berundur secara terhurmat.Umno memang akan menghadapi masa depan yg getir.Bagimana kalau Umno di haram kan oleh si pendedam tua,bagaimana kalau semua hartabenda Umno yg sudah di haramkan itu nanti turut di bekukan oleh kerajaan si pendendam tua?.Untuk menghidupkan Umno ,sanggupkah kita kembali kezaman silam memberi cincin,gelang dan rantai emas peninggalan pusaka utk di dermakan kepada Umno?.Insyaallah ramai yg boleh,dan biarlah mereka yg sanggup begini saja bersama Umno.

    PM kerajaan baru nampaknya tidak lah sekuat mana pengaruhnya jika hanyadenga 13 kerusi MP. Itulah sebabnya kelihatan seoalah olah beliau sedang menukar DAP dan sekutu tegar nya,Amanah menjadi MCA dan MIC seperti mana beliau di dalam BN dulu, dgn menawarkan Kementerian penting untuk mereka ,tanpa berunding dgn PKR.Sekarang bila di bantah beliau kelihatan malu-malu lalu mengatakan itu belum pasti lagi.Tapi memang cukup jelas DAP sangat akur dgn PM baru nya itu.

    Peluang utk Umno dan BN gah semula masih ada.

    Reply
  • May 14, 2018 at 9:02 PM
    Permalink

    Allah maha pengasih dan penyayang..dgn sedikit dugaan ug diberi.dapat menunjukkan yang mana ahli umno yg benar2 ikhlas dalam perjuangan.jika unmo diharamkan sekurang- kurangnya mereka masih didalam umno.bkn spt mereka yg keluar parti dgn alasan menjaga kepentingan rakyat dibawah kerana tidak dapat menjalankan tugas disebabkan ketiadaan wang.kalau yg ikhlas kekurangan itu mendorong semangat yg lebih kental.ayuh umno jgn bersedih walaupun telah ditekan dan dilayan dgn teruk sekali

    Reply
  • May 14, 2018 at 11:19 PM
    Permalink

    Bersihkan persepsi rakyat terhadap bn umno.kuatkan tempur siber umno bn.skuad tempur siber umno bn tewas pd PH.

    Reply
  • May 14, 2018 at 11:30 PM
    Permalink

    Ubah cara bpolitik.cara bpolitik dulu dan sekarang lain.kena pandai cipta persepsi positif dan pandai matikan persepsi negatif yg dtimbulkan lawan.kenapa kita klh dlm media sosial ?kenapa kita tidak mendapat sambutan positif rakyat dlm media sosial?

    Reply
  • May 14, 2018 at 11:40 PM
    Permalink

    Rakyat diluar sana klu lihat simbol bn dan dacing mereka cukup benciiii.sampai tahap tulah persepsi rakyat terhadap bn dan dacing.mcm mana nak menang klu persepsi ni tak berubah.bila kita beri bantuan dikatanya rasuah.bila tak bantu dikatanya tak bantu rakyat.semuanya tak kenalah.

    Reply
  • May 15, 2018 at 12:54 AM
    Permalink

    Saya ni bukan orang kaki politik… selama saya hidup 24 tahun tak pernah saya ambil “port” tentang politik… tapi selepas masuknya umur yang ke-25 tiba-tiba macam berminat dengan politik ni… Sebenarnya parti-parti di malaysia ni semua ada niat baik-baik… tapi ada segelintir yang menyebabkan kejatuhan parti tersebut… mungkin ada hikmah di sebalik semua ini…. lebih terang lagi ibarat pembersihan di dalam parti umno/bn…

    Reply
  • May 16, 2018 at 3:30 PM
    Permalink

    Apa2 pun tolak golongan yg bermuka2 dan opportunis, spt KJ.

    Reply
  • May 19, 2018 at 10:37 AM
    Permalink

    Dengan bilangan kerusi terbanyak dimenangi oleh umno bermakna ramai yang masih menyokong roh umno. Cuma ia perlu dibersihkan dari unsur2 negatif. Mereka yang tinggal adalah mereka yang benar2 bersama parti tsb dan terbukti pendirian mereka berbanding yg telah keluar termasik parti2 yang baharu ditubuhkan setelah keluar. Insya Allah umno mampu bangkit semula dengan mereka yg ikhlas dlm perjuangan.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.