UMNO HARUS KEKAL TEGUH DEMI ISLAM DAN MELAYU

Oleh: DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

Setelah seminggu rakyat memilih kerajaan baru yang menggabungkan empat parti utama yang berpayung di bawah Pakatan Harapan, ramai mulai membicarakan mengenai masa depan UMNO. Tidak kurang juga di kalangan pendokong yang mulai gundah dan ada yang meninggalkan bahtera perjuangan.

Walauapapun fenomena yang berlaku, hakikat dan fakta yang perlu diperakui oleh semua *UMNO masih merupakan parti terbesar mewakili umat Islam dan Melayu*. UMNO masih mempunyai *54 kerusi dan didokong lebih 3.5 juta rakyat dalam PRU ke-14.* Berbanding Pakatan Harapan yang dikuasai 73 kerusi Bukan Islam dan Melayu hanya 41 kerusi mewakili Islam dan Melayu.

Ini bermakna perjuangan UMNO selaku parti utama yang mewakili umat Islam dan Melayu masih penting dan relevan. *Bersama komponen-komponen lain, Barisan Nasional masih mempunyai 78 kerusi* Sudah tentu peranan BN dan UMNO amat penting untuk memastikan suara rakyat terus dibawa sekurang-kurangnya *sebagai anggota pembangkang yang efektif, dihormati dan menjadi pengimbang dalam memastikan negara terus dipacu dengan gemilang.*

Alhamdulillah, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Ahli Majlis Penasihat Kerajaan turut memperakui asas-asas ekonomi negara amat kukuh dengan lanskap makro ekonomi dan fiskal yang stabil malah rizab Bank Negara pada tahap tertinggi. Maknanya kerajaan baru *mewarisi ekonomi negara yang kukuh hasil kejayaan pentadbiran terdahulu.* Justeru inilah masanya untuk kerajaan baru menunaikan segala janji-janji mereka kepada rakyat demi kelangsungan kegemilangan negara.

Bagi UMNO sewajarnya bermuhasabah dan tidak perlu menuding jari kepada mana mana pihak di atas ujian kekalahan dalam PRU 14 yang lalu. Mungkin hikmah disebalik ujian Allah ini adalah untuk *memastikan UMNO kembali kepada falsafah dan asas-asas perjuangannya yang asal sekaligus memperbaiki segala kelemahan dan keboborokan lantaran kelekaan dan kelalaian diri sendiri.*

*Justeru UMNO perlu bangkit dari kekalahan ini dengan jiwa yang lebih besar, jatidiri yang kental dan semangat juang yang tinggi demi menjamin hak dan suara rakyat benar-benar dipelihara dan dimartabatkan.*

#UMNOBANGKIT
#ISTIQOMAHDEMIPERJUANGAN
#HIDUPKUMILIKUMMAH

2 thoughts on “UMNO HARUS KEKAL TEGUH DEMI ISLAM DAN MELAYU

  • May 17, 2018 at 6:07 PM
    Permalink

    UMNO patut dikekalkan sebagaimana yg sedia ada. X perlulah dibuka kepada kaum Cina atau India kerana ia memang diasaskan untuk membela kaum Melayu dan bumiputera. Penyertaan para cendiakawan patut digalakkan.

    Reply
  • May 17, 2018 at 6:22 PM
    Permalink

    hidup umno
    hidup bn
    terima kasih ds najib razak
    pemimpin yang membela rakyat bawahan

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.