Rizab tunai Petronas dari RM174b tinggal 92.6b – Najib

Masa PRU14, kerajaan BN tinggalkan rizab tunai RM174 bilion dalam Petronas – naik dari RM30 bilion sebelum saya jadi PM.

Selepas PH ambil alih, mereka terus jarah dari Petronas.

Infografik The Star ini tunjukkan rizab tunai Petronas terus turun walaupun Petronas catat jumlah keuntungan bersih hampir RM100 bilion dalam tahun 2018 (RM47.9b) dan tahun 2019 (RM49.9b).

Banyak mereka ambil tapi hutang negara terus naik pada kadar lagi cepat berbanding masa BN.

Lepas tu, PH masih ada hati untuk rancang jual 20% kepentingan dalam Petronas.

Jika masa itu saya tahu PH akan buat begini, lagi baik saya arahkan RM100 bilion diambil keluar dari Petronas untuk bayar BR1M RM40,000 setiap keluarga.

dari FB NAJIB RAZAK

https://mykmu.net/2018/05/31/rizab-tunai-petronas/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker