Mencari Presiden UMNO

oleh Ab Jalil Backer

Sesiapa yang berminat hendak bertanding Presiden dan Timbalan Presiden UMNO bertandinglah. Jangan desak orang lain jangan bertanding.

Pandangan saya sebagai parti yang kalah ia memerlukan kepimpinan yang stabil, matang dan tidak gelojoh.



Tidak ada salah kita memberi peluang kepada Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato Seri Hisahmmudin Tun Hussien Onn memimpin selama 3 tahun.

Parti-parti dalam Pakatan Harapan semuanya dipimpin oleh orang yang lebih tua dari mereka.

Kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang akan lebih banyak bergantung kepada kelemahan kerajaan sedia ada berbanding imej pemimpin UMNO.

Justeru yang lebih penting ialah memilih Presiden yang memahami dan mampu membawa idealisme UMNO selama ini. Parti boleh kalah dan menang dalam pilihan raya, idealisme perjuangan jangan hilang.

2 thoughts on “Mencari Presiden UMNO

  • May 22, 2018 at 6:51 AM
    Permalink

    Lepas ni nak cari presiden,wajib tengok bininya sekali la.klu bini banyak Hal,teruk la jadi modal politik.

    Reply
  • May 25, 2018 at 7:15 AM
    Permalink

    Ku Li boleh jadi Presiden Umno utk menimba pengalaman dari beliau,dia biasa lawan Mahathir,jiwa dia memang jiwa Umno tulin.No 2 boleh beri pada yg lebih muda siap siapa lah asal berakhlak.Jangan terpilih kaki balun tapi tak mahu menagku macam Nuar,tak mahu juga org yg boleh jadi diktator macam Madey.No 2 dalam Umno sangat penting sekarang,kerana no 1 tak lama.Mana-mana post pun had ke utk 2 penggal saja.

    Pemuda pula ambil yg tahu Islam dan amal Islam tapi tak sombong pada bangsa Melayu iaitu tak anggap sayang pada bangsa sebagai assobiyah.Pandai juga berpidato utk naikan semangat ,tak takut mengkritik jika ada yg tak kena walau pun pada diri Presiden.Insyaallah Umno akan bangkit.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.