Mahathir & Kit Siang Sudah “Bercerai” Ka? Lama Tak Nampak Bersama

JIKA semua perasan, sepanjang kempen PRU14 bermula, kelibat Mahathir dan Kit Siang bersama, jarang boleh dilihat atau senang cakap, langsung tak nampak lah.  Sedangkan mereka diperlukan untuk menjawab banyak persoalan berkaitan janji Pakatan dalam manifesto mereka.

Antaranya BR1M berapa nak bagi? SST yang nak diperkenalkan balik ni berapa peratusnya? Tol jadi hapus ke tidak sebab dalam manifesto ada tapi Mahathir kata mungkin tak dilaksanakan pulak, serta bermacam-macam lagi.  Malah janji hapuskan GST ini pun ramai nak tahu berapa lama masa yang diperlukan untuk menghapuskannya?  Kalau 4 tahun dari sekarang, baik tak payahlah

Tapi susah betul nak nampak 2 warga tua ini bersama-sama unutk menjawab semua persoalan tersebut.  Padahal sebelum parlimen bubar, bukan main lagi ke sana sini bersama ya.

Anyway, adakah keadaan berlaku kerana Kit Siang sudah sedar bahawa menurut cadangan Mahathir dengan menggugurkan lambang roket sebaliknya menggunakan lambang tunggal PKR ini, adalah satu kesilapan?

Banyak diperkatakan oleh beberapa pihak bahawa Kit Siang menerima bantahan yang kuat dari dalam partinya sendiri akibat dari keputusan tersebut./  Dikatakan majoriti orang cina melihat tindakan ini seperti Kit Siang mengalah kepada kehendak Mahathir.  Tak hairanlah Guan Eng dengan berani mengumumkan beberapa orang DAP sebagai calon Menteri – belum pun Pakatan menang lagi untuk menyakinkan orang cina bahawa mereka (DAP) yang mengawal Mahathir, bukan sebaliknya.

Malah, beberapa pemimpin DAP seperti Nga Kor Ming, tidak segan-segan menghinakan Mahathir dengan mengajak orang cina agar memberi peluang kepada orang tua itu untuk bersama-sama DAP menumbangkan BN, dipercayai untuk menebus kesilapan Kit Siang agar logo DAP digugurkan dan hanya guna logo PKR dan dalam masa yang sama, meyakinkan orang cina bahawa DAP berkuasa – bukan Mahathir.

Tak hairanlah Mahathir banyak buat drama kebelakangan ini untuk menutup kepincangan dalam DAP yang diakibatkan dari keputusan Kit Siang bersetuju dengan cadangannya untuk menggunakan lambang tunggal PKR dalam PRU kali ini.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.