Mahathir Jaga Urusan Syurga & Neraka Pulak Dah

PAKATAN gamaknya mula merasa pedihnya penangan bila orang tua 93 tahun memimpin mereka dalam pilihanraya.  Selain mencatat sejarah sebagai orang paling tua pernah dicalonkan, kempen mencari undi yang dibuat juga memasuki dimensi baru yang tak pernah dibuat orang – tanah perkuburan.

Dimensi baru sungguh tu.

Sementara semua ingat Mahathir dan bertaubat dan menyesal atas hinaannya ke atas mangsa Memali (macam ada orang ada agama), malam tadi Mahathir kembali menunjuk belangnya yang sebenar.  Kali ini dia buat lawak pasal penjaga pintu syurga halau Datuk Seri Najib Tun Razak masuk neraka pulak.

Apa benda macam ini?

Tak cukup bercakap merapu, Mahathir dakwa Najib cuba rasuah penjaga pintu syurga dengan duit pulak, seolah ada duit di akhirat kelak.

Apa Mahathir tidak berimankah?  Yang jaga pintu syurga dan neraka tu Malaikat, bukan manusia yang boleh dihulurkan duit.  Malaikat (menurut banyak pendapat) makan dan minum pun tidak, nak kebuluq duit macam mana?

Ini politik apa?  8 hari berkempen setakat ni, takdak hari dimana Mahathir tidak mencaci dan menghina orang, mesti ada.

Ada kes, pagi Mahathir macam menyesal dan bertaubat, malam dah mula balik dia menghinakan orang.  Macam kelmarin, untuk beli semula jiwa orang PAS setelah terlanjur menghina arwah-arwah dalam peristiwa Memali, Mahathir melawat kubur pemimpin PAS konon nak menunjukkan penyesalannya, malam dah dikutuknya orang PAS balik.

Tak cukup menghinakan orang, dia permainkan agama pulak.  Dia tu tahu ka dia mati esok masuk neraka ka syurga sampai boleh mengatakan Najib?

Apa Mahathir tak tahukah ramai orang melawakkan cara bini dia pakai tudung yang dah macam pasang kelambu semasa melawat kubur arwah Fadzhil Nor semalam?  Ada hati nak mengata orang masuk syurga ka neraka?  Perbetulkan diri dan keluarga tu dulu sebelum mengukur orang lain – nasihat ni, termasuklah untuk diri penulis sendiri pun.

Kadang-kadang dah macam orang gila Mahathir ni penulis tengok.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

2 thoughts on “Mahathir Jaga Urusan Syurga & Neraka Pulak Dah

  • May 7, 2018 at 7:39 PM
    Permalink

    Dia dah tua la..walaupun Tun M ni berpelajaran tp tahap ketuaan dia sama aje mcm atuk2 yg mmg taksekolah..menghampiri nyanyuk. Kalau pakatan berjaya memerintah sekali pun berkemungkinan beliau tidak akan jadi PM..Kalau diangkat jadi PM pun rasanya sekejap aje..musuh2 lama beliau yang sedang jadi kawan dalam pakatan akan menolak beliau dalam pemilihan. Pada masa itu, Tun M bersama2 Rais Yatim, makcik Pidah dan muhyidin akan ngeteh bersama2 menangisi nasib mereka. Beliau sebenarnya tidak pernah dan tidak akan dimaafkan atas ‘dosa2’ silam beliau. Pakatan hanya menjadikan beliau sebagai alat sahaja.
    Akhirnya akan berlaku persengketaan diantara parti2 didalam pakatan hanya kerana keinginan mereka hendak menjadi PM dan menguasai negara. Pada masa itulah musuh2 luar negara akan mengambil kesempatan….habislah kita

    Reply
  • May 8, 2018 at 1:16 PM
    Permalink

    Baru2 ni ada wakil rakyat PAN nak jadi Tuhan, sekarang Pengerusi Pakatan (Takde)Harapan pula, Mahathir nak ambil alih jadi Tuhan tentukan siapa boleh dan siapa tak boleh masuk syurga dan neraka. Munkin Mahathir nak jadi salah satu tuhan2 yang ada dalam kuil2 dan biara2. Patutlah Dap Nga Kor Meng dah siapkan satu kerusi kosong kat meja judi mahjong di nirwana untuk Mahathir bersama2 Lee Kuan Yew. Malangnya Mahathir kena tukar dulu duit2 samunan berbilion ringgit kepada duit2 kertas hantu sebab ringgit tak laku di Nirwana. Mungkin pemain2 lain yang sedang menunggu Mahathir di sana ialah Kassim Ahmad dan dua orang ‘ulamak sohor’ dalam Pakatan sekarang.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.