Kalau Mahathir Tak Pernah Jadi PM, Mokhzani Juga Mungkin Dapat BR1M (Merungut Bila Lambat)

BR1M hampir pasti tidak akan diteruskan pemberiannya KALAU pakatan menang dan Mahathir menjadi Perdana Menteri – melihat kepada kenyataan terbaru anak Mahathir yang memperlecehkan semua penerima bantuan kerajaan tersebut.

Kenyataan penuh Mokhzani seperti disiarkan portal berita Pro Pakatan itu, boleh dibaca dibawah (telah diterjermahkan).

Sebelum buat U-turn, bapanya Mahathir turut beberapa kali menghina penerima BR1M termasuk satu ketika mahu mendakwa penerima skim ini dibawah Akta Pencegahan Rasuah kalau Pakatan memerintah!!

Mokhzani mungkin tak sedar kalau tak sebab Mahathir jadi Perdana Menteri, dia mungkin menjadi antara penerima BR1M juga, termasuk merungut bila wang itu lambat dimasukkan ke dalam akaunnya seperti yang banyak berlaku kepada penerima BR1M pro Pakatan sekarang.

Dalam Malaysia ini, hanya Mahathir saja yang asal usulnya bukan dari kalangan bangsawan tapi boleh cipta sehingga 3 anak-anak jutawan.  Lepas tu nak hina orang yang dapat BR1M pulak.  BR1M ni berkuasa tau, Mahathir yang hina penerima BR1M bertahun-tahun pun, diakhirnya terpaksa juga “berjanji” meneruskan bantuan ini dengan mengekalkan namanya untuk mendapatkan undi.

Orang yang terima BR1M ni kena ingatlah, Mahathir memang tidak akan laksanakan BR1M, dia akan cakap apa saja untuk pastikan BN kalah dalm PRU14 yang akan datang – meneruskan pemberian BR1M ini adalah salah satu darinya.

Anyway, berapa BR1M yang Pakatan nak bagi?  Lagi beberapa hari sebelum mengundi, masih tak diumumkan jumlahnya.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Tidak perlu berbangga terima BR1M, kata Mokhzani

Tulisan asal oleh:
Melissa Darlyne Chow, Free Malaysia Today, 4 Mei 2018

ALOR SETAR: Menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan, kata Mokhzani Mahathir, anak kedua mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata walaupun kerajaan menyatakan bahawa ia membantu rakyat dengan memberikan bantuan itu, rakyat lupa bahawa mereka menerima wang itu kerana mereka tidak mampu untuk menanggung diri mereka sendiri.

“Kita boleh berbangga dan menjadi seperti juara apabila kita sudah kaya. Kita boleh merasa hebat dengan wang hasil susah payah kita sendiri.

“Itulah yang penting. Ia bukan mengenai orang memberi kita wang supaya kita dapat terus hidup. Itu bukan sesuatu yang bagus.

“Kita boleh merasa bangga apabila kita dapat memastikan kehidupan kita boleh disara dan kita boleh menyara keluarga kita sendiri,” katanya dalam satu ceramah di Felda Sungai Tiang, Pendang, dekat sini, di mana beliau membuat penampilan mengejut malam semalam.

Turut hadir ialah calon Pakatan Harapan (PH) Pendang, Wan Saiful Wan Jan, calon kerusi DUN Sungai Tiang Abdul Razak Khamis, dan aktivis Felda Mazlan Aliman.

Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini mengatakan bahawa keadaan ekonomi negara yang lebih baik kini membolehkan kerajaan meningkatkan pembayaran daripada RM400 kepada RM800 bagi mereka yang menerima bantuan itu pada bulan Jun dan Ogos.

Dalam ucapan ringkasnya semalam, Mokhzani berkata kerajaan gagal melindungi masa depan peneroka Felda.

“Selepas semua ini, adakah Barisan Nasional (BN) akan menuduh PH sebagai tidak mempedulikan peneroka Felda? Apa yang telah dilakukan oleh BN?

“Datang 9 Mei, pilih PH. Anda lihat apa yang telah dilakukan oleh BN kepada Felda dan negara kita. Cukup cukuplah. Kita memerlukan formula baru, pemimpin baru dengan rekod prestasi yang baik untuk membawa perubahan,” katanya.

Mokhzani berkata beliau telah memutuskan untuk menghadiri ceramah itu untuk bertemu Wan Saiful. Beliau berkata beliau biasanya bertemu dengan ahli akademik itu di luar negara, di mana Wan Saiful kerap memberi ucapan kepada rakyat Malaysia untuk menerangkan kepada mereka apa yang sedang berlaku di negara ini.

Beliau berkata terdapat sambutan yang baik terhadap ucapan Wan Saiful, yang telah membuka mata mereka di luar negara.

“Beliau adalah seorang yang cekap, boleh dipercayai dan profesional. Beliau berfikir tentang program yang baik yang boleh memberi manfaat kepada rakyat. Itu penting.

“Kita tidak mahu orang yang mempunyai idea yang ketinggalan zaman. Itu sudah terlalu banyak. Kita perlu mencari orang yang pintar seperti kawan saya di sini.

“Apabila PH mengambil alih kerajaan dan mengambil berat terhadap entiti seperti Felda, kita perlu mempunyai orang yang betul yang berkuasa, yang tahu bagaimana untuk menjalankan syarikat dengan baik.”

Ahli perniagaan itu juga bercakap tentang tiga juta pekerjaan yang kerajaan katakan akan dihasilkan.

“Untuk siapakah tiga juta pekerjaan itu? Untuk rakyat Malaysia? Saya tidak fikir begitu.

“Anda lihat projek mega di Kuantan dan Johor Bahru yang dilaburkan oleh orang China – tidak ada rakyat Malaysia yang terlibat. Segala-galanya dalam bahasa Mandarin, dan para pekerja semua orang Cina,” katanya.

Felda dan FGV telah terperangkap dalam isu-isu salah urus dan dakwaan salah laku, yang telah menyebabkan campur tangan kerajaan dan penyiasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Link asal artikel:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/05/04/getting-br1m-nothing-to-shout-about-says-mokhzani/

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

2 thoughts on “Kalau Mahathir Tak Pernah Jadi PM, Mokhzani Juga Mungkin Dapat BR1M (Merungut Bila Lambat)

  • Pingback:Kalau Mahathir Tak Pernah Jadi PM, Mokhzani Juga Mungkin Dapat BR1M (Merungut Bila Lambat) - Sayap Tempur

  • May 5, 2018 at 6:40 PM
    Permalink

    Cuba kira berapa banyak syarikat2 besar negara yang difaraidkan oleh Mahathir kepada anaknya Mokhzani? Sebut satu pun dah cukup iaitu MISC. Perbadanan Perkapalan Malaysia yang satu ketika amat terkenal bawah seliaan Petronas. Apabila diserahkan oleh Mahathir kepada Mukhzani apa jadi? Lingkup. Terpaksa menggunakan berbilion duit negara(rakyat) selamatkan anaknya. Bagaimana pula cerita ransom yang dibayar untuk menyelamatkan anak Mahathir ini di Hong Kong/ Taiwan(?) … Jadi memang benarlah kalau bukan kerana hasil rompakan duit negara untuk diserahkan kepada anak2 oleh Mahathir., anak2 dia sudah pasti merupakan orang2 yang beratur di depan sekali menunggu pemberian BR1M !! Jadi jangan sombong dan angkuh Mokhzani, menghina rakyat susah penerima BR1M kerana bilion2 yang ada pada kamu adik beradik itu adalah duit rakyat. Jika wang tersebut tidak disonglap oleh bapa kamu, sudah tentu rakyat tidak perlu beratur menerima BR1M.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.