Isu pemberhentian kerja penjawat awam berstatus kontrak

Kenyataan Media

Sejak semalam ada tindakan untuk memberhentikan ribuan penjawat awam di seluruh negara.

Kami amat kesal dengan tindakan itu kerana ia dibuat secara tergesa-gesa, lebih-lebih lagi ketika mereka tidak berapa hari lagi memasuki Ramadan dan seterusnya Hari Raya Puasa.

Sudah pasti tindakan itu dilakukan tanpa sifat belas kasihan dan tidak berperikemanusiaan. Pemecatan itu pasti akan menjadi beban berat terutama mereka yang berkeluarga.

Kami bersimpati dengan mangsa penamatan kontrak perkhidmatan ini kerana mereka sebenarnya tidak bersalah dan hanya menjalankan tugas.

Pemberhentian ini dibuat secara tidak berhemah dan menunjukkan sikap sebenar Kerajaan Pakatan.

Kerajaan Pakatan Harapan seharusnya memikirkan kaedah terbaik untuk menempatkan mereka serta-merta bukan membiarkan terkapai-kapai tanpa kerja.

Ini bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan bagi Memenuhi Harapan rakyat.

Nur Jazlan Mohamed
Ahli Unit Komunikasi
Ibupejabat UMNO

3 thoughts on “Isu pemberhentian kerja penjawat awam berstatus kontrak

  • May 16, 2018 at 12:42 AM
    Permalink

    Ph nak ada satu juta perkerjaan tapi buang orang, ph buang cukup memalukan

    Reply
  • May 16, 2018 at 4:16 AM
    Permalink

    Penjawat awam yg mengundi PH dan menghianati bn mendapat ganjarannya.aminnn

    Reply
  • May 16, 2018 at 3:51 PM
    Permalink

    Kerajaan sepatutnya membela rakyat bukan menganiaya rakyat. Lagi ramai rakyat bekerja kan lagi bagus. Rakyat ada pendapatan boleh berbelanja. Baik untuk ekonomi kan. Lagi pun gaji mereka dibayar guna wang rakyat.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.