Cadangan gugur kes rasuah Lim Guan Eng satu campurtangan politik

Sebarang cadangan untuk menggugurkan kes rasuah melibatkan Menteri Kewangan yang baru dilantik, Lim Guag Eng merupaksan satu bentuk campurtangan politik ke atas sistem perundangan negara.

Jurucakap Publisiti MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, adalah lebih baik sekiranya proses undang-undang dihormati dan diikuti dalam kes yang melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut.

“Kedua-dua institusi iaitu Jabatan Peguam Negara dan Kehakiman perlu dibenarkan untuk melaksanakan tugas mereka tanpa sebarang campurtangan.



“Sekiranya ahli politik mula memberi arahan terhadap institusi terbabit maka ia tidak ada beza dengan keadaan dahulu iaitu ketika kami dituduh melakukan campur tangan politik,” kata Lian Ker dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Justeru MCA mendesak agar Pakatan Harapan menjadi sebuah kerajaan yang telus dan membendung sebarang campurtangan dan tekanan politik terhadap institusi terbabit dalam melaksanakan tugas dan menegakkan undang-undang.

Mahkamah Tinggi Georgetown hari ini menetapkan 30 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dan ahli perniagaan, Phang Li Koon.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan keputusan itu selepas mengambil kira permohonan pihak peguam kedua-dua tertuduh yang mahu menjalankan proses representasi ke atas kes berkenaan.

Pada 30 Jun 2016, Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhorn di sini, bawah nilai pasaran.

Bagi dua pertuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Li Koon pula didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibacakan bersama Seksyen 165 kanun sama kerana bersubahat dengan Guan Eng berhubung pembelian banglo itu.-UTUSAN ONLINE

5 thoughts on “Cadangan gugur kes rasuah Lim Guan Eng satu campurtangan politik

  • May 22, 2018 at 5:56 AM
    Permalink

    Ambillah kesempatan dlm isu ini.jgn biarkan keadilan dilacurkan

    Reply
  • May 22, 2018 at 5:57 AM
    Permalink

    Keys no sana dan led khir toyo

    Reply
  • May 22, 2018 at 5:59 AM
    Permalink

    Kes ni sama dgn kes khir toyo.lihatlah dunia apa jadi bila mereka bkuasa.haram pun jadi halal.

    Reply
  • May 22, 2018 at 10:53 AM
    Permalink

    Sejak awal lg dah berlaku campur tangan politik dalam mahkamah..penyekatan perjalanan, pengeledahan rumah,pembebasan anuar,pengguguran kes lge, dan akan berlaku penipuan fakta dlm kes 1mdb oleh kerajaan baru oleh kuncu kuncu perompak besar dan sekarang perancangan rapi sedang dibuat..semua boleh diputar belit oleh puak puak ni ..zmn dsn telus .zmn ini akan berlaku byk penipuan data ..Jaga jaga.back tu 80 90 an

    Reply
  • May 23, 2018 at 9:07 PM
    Permalink

    Itulah cakap x serupa bikin.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.