Belum ada kes untuk dakwa Najib

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin pihak pendakwa raya mampu mewujudkan kes yang kukuh untuk mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan rasuah yang dikaitkan dengan 1MDB.

Bercakap melalui sidang video kepada mesyuarat majlis CEO Wall Street Journal di Tokyo, Dr. Mahathir di petik oleh The Straits Times Singapura sebagai berkata: “Kami kini semakin menghampiri kepada punca perkara ini dan ramai pegawai-pegawai kanan kami secara sukarela memberikan maklumat yang sudah tentu disertakan dengan dokumen.”

“Kami fikir dalam tempoh tidak berapa lama lagi akan ada kes terhadap beliau, yang akan membolehkan kami mendakwa beliau.”

Dr. Mahathir menambah beliau berhadapan masalah untuk `cuba mempercayai orang untuk menyiasat Najib’.

Ditanya sama beliau sedia untuk berunding bagi melepaskan Najib jika bekas perdana menteri itu menawarkan maklumat yang boleh menemukan semula dakwaan kerugiaan 1MDB bernilai AS$4.5 bilion (RM18.19 bilion), Dr. Mahathir berkata: “Tidak ada.”

Pada Sabtu lalu Dr. Mahathir telah mengeluarkan arahan Najib dan keluarga tidak boleh meninggalkan negara ini selepas tersebar khabar angin bahawa beliau akan bercuti ke Jakarta.

Utusan

6 thoughts on “Belum ada kes untuk dakwa Najib

  • May 15, 2018 at 6:47 PM
    Permalink

    dari dulu kata bukti dalam poket…dah tua2 pon nak menipu lagi

    Reply
  • May 16, 2018 at 4:33 AM
    Permalink

    you blh buat.allah saja yg benar.allah saja yg maha kuasa.moga allah bantu pihak yg benar tunjukkan kebenaran.aminnn

    Reply
  • May 16, 2018 at 10:35 AM
    Permalink

    biarkan tun siasatnya allah bersama orang benar kit Bagi satu tahun tun m siasat, aku yakin tun m pasti gagal, aku sendiri akan desak tun m letak jawatan..

    Reply
  • May 16, 2018 at 1:14 PM
    Permalink

    baca lah summary laporan audit negara yang dah tak di OSA kan. .
    nasib badan lah. .
    aper komen korang?
    mau masuk sekali ker?

    Reply
  • May 16, 2018 at 6:08 PM
    Permalink

    Mmg akui 1MDB tu bermasalah besar. Yg jadi persoalannya adakah Najib terlibat..? Jaja sana sini selama ni kata Najib curi dan kapur duit 1MDB kira tu main tuduh buta lah..? Sebab belum ada kes nak dakwa Najib. Baru nak siasat ngupenye Yop. Kena tipu hidup2 kita ni ya..

    Reply
  • May 17, 2018 at 10:15 PM
    Permalink

    Betul gak… patutnya hari pertama PM masuk pejabat dah boleh dakwa ex PM Najib. Sampai la ni, depa masih tercarik2 bukti nak libatkan ex PM Najib dengan 1MDB. Betul2 kena tipu dengan mahazalim.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.