Janji Tangguh Bayar PTPTN, Kini “Ditangguhkan”

Share

PEMINJAM PTPTN yang mengundi Pakatan dalam PRU14 yang lepas kerana berharap mereka tidak perlu membayar balik pinjaman sehingga gaji mencecah RM 4,000, bolehlah terus membayar semula pinjaman tersebut sekarang kerana telah diumumkan Menteri yang berkenaan bahawa janji itu terpaksa ditangguhkan buat masa sekarang – mengikut seperti dalam laporan The Star.

Kononnya sebab hutang negara lebih tinggi dari yang dilaporkan pentadbiran sebelum ini.  Orang yang sama juga dikhabarkan pernah membayangkan di akaun media sosialnya masa kempen hari tu, yang rakyat tidak perlu membayar tol bila nak balik raya nanti kalau Pakatan menang (?).

Dengan tol masih kena bayar, dah janji bayar PTPTN hanya setelah gaji cecah RM 4,000 pulak ditangguhkan.  Penulis bagaimanapun taknak cakap pasal keputusan penangguhan ini, sebaliknya alasan yang diberikan itu kononnya penangguhan kerana negara dibebani hutang lebih dari apa yang didedahkan kerajaan BN sebelum ini.

Apa yang kerajaan BN lapor mengenai hutang negara yang salah? Angka RM 686.8 billion ni samalah dulu dengan sekarang.  Cuma Pakatan tambah beberapa parameter lain sehingga angka cecah RM 800 billion – dia ikut standard mana pun kita tak tahu.

Tapi apa pun, bukankah sebelum puak-puak ini jadi kerajaan, rakyat dah mendengar cerita mereka hutang negara ini sudah cecah RM 800 billion dari 2016 lagi?  Betul ke tidak tu lain cerita tapi nak sebut ni depa dah tau hutang banyak tu sebelum jadi kerajaan lagi.

Lainlah kalau sebelum perintah sebut hutang RM 800 billion tapi bila ambil alih kerajaan rupanya RM 2 trillion, itu cerita lainlah.  Sekarang ni, sebelum ambil alih RM 800 billion, bila dah ambil alih pun RM 800 billion, apa masalahnya lagi?  Dan dengan mengetahu angka hutang sebanyak itu, manifesto dirangka untuk mendapat sokongan pengundi, dah sekarang bila menang jadi cerita lain pulak?

Adakah ini semua sebenarnya alasan untuk tidak menunaikan janji, undi bagi dah ni?  Penulis biarkan semua pembaca untuk menilainya sendiri.

Hairannya tu bab siar bola Piala Dunia secara langsung, boleh pula habis berpuluh juta walaupun kata hutang negara tinggi?  Padahal bukan ada dalam janji pun selain perkara tu bukan kepentingan yang perlu diutamakan – bercakap tentang kos sara hidup dan sebagainya.

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!