EMPAT KENYATAAN PH MEMBIMBANGKAN

Share


KENYATAAN MEDIA

Empat kenyataan membimbangkan yang keluar dari Kerajaan Pakatan Harapan minggu lalu:

1. Tun Dr Mahathir Mohamad : Jangan risau sekiranya taraf kredit Malaysia diturunkan.

Mengapa kita perlu bimbang: Penurunan peringkat penarafan kredit akan membawa pelabur asing keluar dari pasaran saham dan pasaran bon Malaysia. Ini akan meningkatkan kadar faedah dan kos pembayaran balik hutang negara akan meningkat sebanyak RM 10 bilion setahun, manakala rakyat biasa akan menghadapi dengan kadar faedah yang lebih tinggi.

2. Lim Guan Eng: Hutang negara kita sekarang adalah RM 1 trilion.

Mengapa kita perlu bimbang: Ini adalah kenyataan politik dan tidak benar. LGE menyatakan hutang rasmi bersama-sama dengan pembayaran pajakan dan liabiliti luar jangka – satu langkah yang tidak mematuhi piawaian antarabangsa dan tidak tepat. Bukan sahaja ini akan menakutkan pasaran kewangan yang telah menyumbang kepada pasaran saham yang jatuh merudum selama beberapa hari pada akhir dan kelemahan Ringgit Malaysia, malah boleh digunakan sebagai alasan bagi Kerajaan PH untuk tidak menyampaikan janji manifestonya.

3. Tun Dr Mahathir Mohamad: Keputusan membatalkan projek HSR adalah muktamad. Rakyat Singapura sudah meluat dengan Kerajaan PAP mereka.

Mengapa kita perlu bimbang: Projek HSR adalah salah satu sebab mengapa agensi antarabangsa meningkatkan ramalan pertumbuhan KDNK. Membatalkan projek ini mungkin bermakna ramalan pertumbuhan KDNK akan diturunkan, menyebabkan lebih ramai pelabur menarik balik perancangan mereka untuk melabur di Malaysia.

Kenyataan konfrontasi terhadap Singapura dan kekurangan rasa hormat secara tidak sengaja membatalkan HSR menerusi sidang akhbar tanpa memaklumkan Kerajaan Singapura terlebih dahulu hanya akan membawa kepada dasar yang tidak baik oleh Singapura – memberikan kesan negatif kepada rakyat Malaysia yang bekerja di sana atau membuat dasar perdagangan yang merugikan kita.

4. Tun Daim Zainuddin. Tidak ada gunanya mempunyai pertumbuhan 10%. Harga yang lebih rendah adalah apa yang rakyat mahu.

Mengapa kita perlu bimbang: Nampaknya kerajaan bersedia untuk mengorbankan pertumbuhan KDNK untuk kos sara hidup yang rendah. Pertumbuhan KDNK memperluaskan ekonomi dan memperluaskan peluang bagi kita semua. Pertumbuhan KDNK mencipta pekerjaan dan menimbulkan pendapatan. Adakah kita benar-benar mahu mempunyai gaji yang rendah dan pekerjaan yang lebih rendah sebagai balasan untuk kos sara hidup yang rendah? Bukankah ini masalah sebenar Malaysia ketika Dr Mahathir bersara sebagai PM pada tahun 2003?

Rakyat harus sedar tentang apa yang berlaku di negara kita. Berubah kepada kerajaan baru yang kita mahukan tidak bermakna kita perlu membiarkan diri hanya menjadi pak turut saja. Kita perlu ada harga diri dan bukan seperti kerbau yang dicucuk hidung.

Akhirnya, keutamaan kita seharusnya kepada kuasa beli, pekerjaan, pelaburan, ekonomi dan masa hadapan yang dipertaruhkan – tidak kira siapa yang menjadi kerajaan.

Unit Komunikasi Strategik
Ibu Pejabat UMNO
Kuala Lumpur
31 Mei 2018



2 thoughts on “EMPAT KENYATAAN PH MEMBIMBANGKAN

  • June 1, 2018 at 6:57 am
    Permalink

    Contoh kalau kita beli sebuah rumah dengan spek yang dijanjikan tapi bila rumah dah dibeli, apa yang dijanjikan semua takda. Ni penipuan kan..? Jika bawak kemahkamah, ingat ada kes tak..? Kalau ada, agak2 boleh menang tak..? Ni PRU pon sama pengundi dah kena tipu akan janji palsu PH. Tapi tgk hari ni takda satu janji yg di tunaikan. Cakap pusing sana sini . Mengalah Hindu di estate. Ni satu penipuan yang tahap tertinggi yg perlu diberi perhatian oleh sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Sesuatu perlu dilakukan dan ditegakkan oleh keadilan agar parti2 yang ingin memerentah agar jujur, tulus serta bersih dan bukan cara menipu para pengundi purata kurang daya berfikir. Yang cuma tau nak seronok sahaja.

    Reply
  • June 1, 2018 at 10:14 am
    Permalink

    Duduklah kamu selamanya dgn kebimbangan.

    Reply

Leave a Reply to Don danial Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *