Bonus: Syukurlah, Tapi Bagaimana Najib Boleh Beri Lebih Tinggi?

Share


BEBERAPA tahun lamanya Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan bantuan khas hari raya untuk kakitangan awam diseluruh negara, ada yang naik muak dan merungut kenapa asyik RM 500, kenapa tidak lebih – macam kakitangan awam di Selangor contohnya, sebulan, 2 bulan dan terakhir 3 bulan gaji?

“Asyik RM 500 saja”, kata mereka.

Hari ini ambik, RM 400 dan bukan semua dapat pulak tu, Gred 41 ke bawah saja.  Kakitangan awam Selangor?  Tak dengar lagi riuh rendahnya sampai sekarang, tapi besar kemungkinan sebab pusat dan negeri dah sama-sama Pakatan, sama jugaklah kot – RM 400.

Dah ada yang menanyakan, mungkinkah yang dulu bagi beberapa bulan itu hanya wayang konon mereka akan bagi lebih baik kalau jadi kerajaan persekutuan? Entahlah, penulis pun takde jawapan walaupun dalam hati mengangguk tak henti-henti.

Bagaimanapun, persoalan yang lebih besar penulis lihat di media sosial ialah, sudah ramai yang mempertikaikan kenapa pentadbiran dulu boleh beri lebih tinggi?  Nak bayar hutang ke? Pentadbiran dulu bayar hutang juga, malah tidak buang kakitangan awam dalam skala besar atau batal projek infrastruktur tapi bagaimana masih boleh beri lebih tinggi kepada rakyat?

Malah, dengan begitu banyak projek infrastruktur rakyat berskala tinggi yang dibatalkan sekarang, patut ada banyaklah jugak lebihan yang boleh dipulangkan kepada penjawat awam.  Logik dialah macam itu.

Tapi dalam masa yang sama boleh pulak belanja berpuluh juta untuk beli hak siaran Piala Dunia?  Rakyat majoritinya perlukan itu ke sekarang ni (siaran langsung Piala Dunia?  Lagipun bukankah janji masa kempen dulu untuk beri siaran EPL, Piala Dunia apa pulak?

Adakah ini isu tak pandai mengurus?  Nak sangat nampak berbeza dengan dulu?  Tanyalah ni, takkan tanya pun tak boleh?


2 thoughts on “Bonus: Syukurlah, Tapi Bagaimana Najib Boleh Beri Lebih Tinggi?

  • May 31, 2018 at 2:00 pm
    Permalink

    Itulah yang dinamakan propaganda politik. Lain dijanji, lain pulak yang dibuatnya. Dulu janji minyak akan turun RM1.50, hari ni kata sistem kerajaan sebelum ni kekal. Dulu janji hapus tol, hari ni kata diskaun 50% dua hari utk sambutan Aifilfitri.
    Tok Najib jenuh terangkan sebelum PRU14 hari tu, janji puak ni memang tak mungkin boleh dilaksanakan tapi kita tak ambik kisah.
    1 nasihat je, terima jelah apa yang kerajaan hari ni putuskan. Sebelum kita nak ‘salahkan’ kerajaan hari ini, eloklah kita salahkan diri sendiri dulu. Sebesar² mana pun salah kerajaan hari ini, besar lagi ‘salah’ kita semalam sebab mengangkat pihak yang memang akan buat ‘salah’ di hari ini.

    Reply
    • May 31, 2018 at 11:57 pm
      Permalink

      Bravo ….
      Memang win lah …..
      Asyik nak salahkan org lain jer diri sendiri tak nampak kesalahan.

      Tahniah kerana dapat gak bonus walaupun kurang.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *