Rabu – Harap Banyaklah Rahmat Yang Turun Hari Ini

Share


KETIKA Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak memerintah negara, Rabu adalah antara hari yang ditunggu-tunggu berikutan turun naik minyak ditentukan pada hari itu.  Masa itu kita semua masih ingat, nak tahu rakyat nak kaya ke miskin ke ikut pengumuman harga pada Rabu itulah.

(Harga) turun, rakyat kaya, (harga) naik, rakyat miskin, semudah itu saja fahaman masa itu.

Bagaimanapun, Rabu sekarang lain dah.  Rabu pertama setelah pentadbiran baru sempurna dengan barisan kabinetnya, negara disinari dengan berita gembira penutupan beberapa agensi kerajaan yang mungkin menyebabkan beribu orang hilang pekerjaan.

Minggu yang sebelum itu, diberitakan beratus-ratus kakitangan awam di Putrajaya hilang pekerjaan serta merta atas alasan lantikan kontak, lantikan politik dan sebagainya.  Ini pun sinar juga sebab ada yang terlibat tu siap bergambar gembira lagi dengan hashtag #jobless di Instagram masing-masing.

Dalam persediaan nak menyambut raya ni, kena buang kerja pulak – memang menggembirakan semua mereka yang terlibat.  Seronok hilang kerja tiba-tiba ni, boleh cari kerja baru.  Dalam masa tu, anak bini (suami) susah peduli apa, janji negara dapat berjimat.  Ulat dalam batu pun boleh hidup kan?

Kini Rabu datang lagi.

Rakyat, terutama kakitangan awam berharap Rabu yang kali ini biarlah lebih banyak berita gembira lagi.  Mungkin harapan itu akan jadi nyata kerana katanya berita semalam, kakitangan awam akan dapat bonus sebelum Hari Raya.

Baguslah.

Negara dikatakan mempunyai hutang yang tersangat tinggi – cecah RM 1 trillion sekejap, RM 686 billion sekejap, RM 800 billion sekejap dan sebagainya sehingga orang dan pasaran saham pening tapi kakitangan awam seramai 1.6 juta orang (betul lagi ke angka tu?) akan dapat bonus. 

Tentang persoalan kenapa mesti pening-pening, ribut-ribut pasal hutang negara tinggi sehingga ada cadangan diwujudkan crowd fund untuk rakyat bantu kerajaan bayar hutang ni tadi, pedulikanlah tu, yang pentingnya, 1.6 juta ni tadi “masuk”.

Hebat kan kita?  Mana nak cari negara macam ini?



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *