Kenapa GST Tidak Dimansuhkan Hanya Diturunkan Zero Rated?

Share

Kerajaan PH tidak hapuskan GST seperti janji mereka sebelum PRU-14 tapi hanya kekalkan GST dengan kadar penerunan 0%. Antara janji 100 hari Kerajaan PH ialah menghapuskan GST. GST dikhabarkan sebagai punca harga barang , perkhidmatan dan kos utiliti naik dan menyempitkan kehidupan rakyat. Kerajaan BN dulu di katakan zalim ambil duit rakyat contohnya , Rm100 melalui GST dan beri BRIM 10 sen pada rakyat.

Kini setelah mereka memerintah GST tidak di hapuskan sepertimana janji mereka cuma di beri kadar sifar atau 0 rated GST . Perlu di ingatkan bahawa GST itu masih ada bukan di mansuhkan sama sekali . Kerajaan PH juga mencadangkan mewujudkan kembali SST sebanyak 10% . Mungkin selepas ini kita akan ada 2 cukai untuk di kemukan sebagai penyata cukai syarikat iaitu penyata cukai GST dan penyata cukai SST . Persoalannya, mengapa Kerajaan PH tidak menghapuskan terus GST itu ?

Bagi sesetengah pihak mereka berpendapat bahawa tidak ada bezanya GST kadar sifar dengan GST di mansuhkan kerana Rakyat semua sudah tidak perlu bayar GST lagi . Namun, sebenarnya Kerajaan PH cuba untuk mengelirukan rakyat. Banyak perbezaan di antara GST kadar 0 dengan mansuhkan sama sekali GST.

Peniaga yang menyokong GST di mansuhkan kini mula sedar bahawa mereka sebenarnya telah tertipu apabila GST tidak di mansuhkan . Oleh kerana bakal ada 2 penyata cukai GST dan SST , peniaga sudah tidak dapat lagi boleh memanipulasikan jualan yang di kenakan cukai. Misalnya dulu jualan Rm100 ribu boleh buat penyata jualan Rm30 ribu dan cukai SST 10% bayar Rm3 ribu saja dan Kerajaan rugi Rm7 ribu tetapi dengan adanya GST, peniaga kena bayar cukai Rm10 ribu sebab penyata jualan GST perlu sama dgn penyata jualan SST .

Secara tak sedar sebenarnya Kerajaan PH telah menaikan cukai sebanyak 4% dari 6%(semasa GST BN ) menjadikan 10% . GST diberikan pengecualian kepada banyak barang keperluan dan kita kena tunggu bagaimana pengecualian SST bakal wujud atau tidak. Apabila kenaikan cukai sebanyak 4% ini sudah tentu perniaga akan menaikan lagi harga barang untuk mendapat ganti kekurangan keuntungan sebanyak 4% itu.

Kerajaan PH berjanji akan menurunkan harga barang tetapi dasar dan polisi mereka sebenarnya akan menaikan lagi harga barang . Apabila GST tidak dimansuhkan oleh Kerajaan PH boleh memberi satu kadar katakan 3% GST dan mereka akan mengatakan 3% GST lebih rendah kepada Kerajaan BN 6% GST . Dahulu sibuk menyanyi lagu GST sampai dalam Parlimen kini dua cukai dipertaruhkan cukai GST kadar 0 dan SST kadar 10%.

Kesimpulannya, walaupun GST 0%, digunakan sebagai tujuan dimana peraturan yang begitu telus yang tidak boleh dimanipulasi dalam GST. Tambahan, dapat membantu pelaksanaan SST 10% dengan lebih baik malah lebih banyak keuntungan kepada kerajaan PH secara tanpa disedari akan mengenakan kenaikan cukai lebih tinggi kpd pengguna dan peniaga. Pengundi PH yang impikan GST di mansuhkan menjadi lebur kerana Kerajaan PH ini bukan seperti Kerajaan BN yang janji ditepati. Kerajaan BN sebenarnya mempunyai rekod cemerlang selama 60 tahun memerintah. BN akan bangkit dengan lebih baik demi kesejahteraan Rakyat. Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!