Angkuhkah BN Johari?

Share


DIKALA ada pihak dalam Pakatan sendiri tampil menafikan “faktor Mahathir” sebagai punca utama Pakatan menang 114 kerusi (dari 113 yang diperlukan untuk membentuk kerajaan) dalam PRU14 yang lepas, ada pulak orang dalam UMNO sendiri yang mendakwa keangkuhan BN dan memuji pemimpin utama Pakatan itu sebagai punca kepada kemerosotan sokongan tersebut.

Termasuklah dia sendiri yang kalah di Parlimen Titiwangsa.  Bukankah sebagai calon, pemimpin dan Menteri Kewangan II pulak lagi, “keangkuhan” ini – jka ianya wujud, patut sama-sama dipikul tanggungjawabnya dari salah menyalah sesama sendiri?

Sebenarnya kalau nak dihujahkan, secara keseluruhannya ada banyak faktor yang boleh diperdebatkan mengenai kemorostan sokongan terhadap BN dalam PRU14 yang lepas.  Penulis tidak berminat untuk mengulasnya satu persatu kerana fokus sekarang ialah melihat ke depan.  Tapi apa pun ia, yang pasti keangkuhan bukanlah satu daripadanya.

Jika BN angkuh atau merasakan rakyat terlalu terhutang budi terhadap jasa-jasa yang telah ditaburkan selama ini, manifesto itu tidaklah perlu berorientasikan rakyat sepenuhnya seperti mana yang dibentangkan.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah separuh daripada pengundi yang menunaikan tanggungjawab mereka dalam PRU14 yang lepas, termakan dengan strategi Pakatan untuk menurunkan kos sara hidup yang dilihat lebih berkesan dari apa yang digariskan BN.  Secara ringkasnya ramai yang percaya SST 10% mampu menurunkan kos sara hidup berbanding GST 6%!!  Pelik?  Apa nak buat, orang tua dah kata, yang tak berpelajaran ramai sangat kat negara ni.

UMNO sekarang perlu segera bangkit dan bersedia untu PRU yang akan datang.  Sikap tuding menuding jari sesama sendiri ini, adalah yang paling terakhir sekali UMNO perlukan untuk kembali menerajui negara ini

Pemilihan UMNO yang akan datang ialah masa yang sesuai untuk ahli-ahli membersihkan parti dari “lumut-lumut” yang hanya tahu menumpang senang tapi mengutuk sesama susah.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *