Acara Menunding Jari · MYKMU.NET

Acara Menunding Jari

Share

PUTRAJAYA 12 AUGUST 2015. Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani. NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor.
oleh Ab Jalil Backer

1. Beberapa pemimpin UMNO mula mengecam pucuk pimpinan parti peringkat pusat atas kekalahan Barisan Nasional.

2. Terbaru ialah bekas Menteri Kewangan Ke-2 yang kalah di Titiwangsa. Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pembangkang Johor.

3. Oleh kerana sekarang soal perebutan jawatan dalam parti maka jari bukan sahaja ditunding kepada Najib Razak tetapi juga kepada Ahmad Zahid dan Hishammudin Tun Hussien.

4. Saya faham jika mereka yang di bawah – ahli biasa dan pemimpin-pemimpin peringkat Cawangan – marah. Mereka tiada di koridor kuasa untuk mempengaruhi polisi.

5. Sebaliknya, kita tidak faham mereka yang dalam kepimpinan sekarang turut mengkritik. Ketika memegang jawatan mereka turut sama bersetuju, hari ini mereka mencuci tangan dan menyalahkan orang lain.

6. Johari Ghani suatu ketika mengkritik Najjb Razak dan 1MDB. Lucunya apabila ditawar jawatan Timbalan Menteri Kewangan dengan pantas beliau menyambar. Kemudian dengan pantas juga beliau menyakin Najib Razak untuk dilantik menjadi Menteri Kewangan Kedua.

7. Johari Ghani kata BN kalah sebab sombong dan gagal tangani isu GST serta kos sara hidup.

8. Mari kita tanya apa Menteri Kewangan Kedua buat dalam isu GST dan kos sara hidup?

9. Ada nampak beliau turun ke seluruh ceruk kawasan menerangkannya kepada rakyat? Ada nampak beliau memberi cadangan polisi yang boleh menggembirakan hati rakyat dalam kos sara hidup?

10. Masalah dengan pemimpin UMNO seperti Johari Ghani ialah mereka melepaskan tanggungjawab berjumpa rakyat dan menerangkan isu kepada Najib Razak dan Ahmad Zahid.

11. Mereka sendiri goyang kaki menjaga kawasan sendiri dan menguruskan hal-hal kroni. Mereka membuat program sambil lewa dan ala kadar bila bersama rakyat.

12. Jika BN “arrogant” saya fikir Johari Ghani adalah salah seorangnya. Beliau bergaduh dengan Drs Sulaiman Mohamad (bekas Ketua UMNO bahagian) dan dengn sombongnya mengatakan tidak memerlukan sokongan Ketua Pemuda UMNO Bahagian.

13. Ketika dalam pilihan raya kita perlukan sokongan semua pihak, Johari Ghani dan ramai lagi pemimpin peringkat bahagian dan negeri memilih untuk menjatuhkan “musuh peribadi”. Begitu sombongnya mereka kerana yakin orang Melayu akan sokong.

14. Akhirnya ramai antara mereka terkorban. Malah Johari, Menteri Kewangan Kedua, kalah kepada Rina Harun, bekas Ketua Puteri UMNO Sepang, yang sangat naif dalam politik.

15. UMNO masih belum sedar bahawa dalam keadaan mahu menang semula, cara terbaik ialah melemahkan kerajaan hari ini, bukannya menunding jari sesama sendiri.

16. Parti lawan kalah pilihan raya berpuluh kali tidak pula bergaduh dan menunding jari kepada pemimpin mereka semata-mata.

5 thoughts on “Acara Menunding Jari

  • May 30, 2018 at 14:59
    Permalink

    Sesiapa yang telah jadi calon BN dalam PRU14 tetapi kalah lebh baik duduk diam2 aje. Beri laluan kepada orang baru untuk menerajui parti pada setiap peringkat.

    Reply
  • May 30, 2018 at 17:05
    Permalink

    Tak perlulah disalahkan kepada pemimpin² atasan. Sepatutnya di waktu sukar sebeginilah, kita saling memperbetul dan memperkuatkan semula parti. Adalah pelik jika di masa ada kuasa, masing² berbangga dgn ego sendiri tetapi bila rebah begini, ketualah jadi sasaran.

    Reply
  • May 30, 2018 at 20:19
    Permalink

    Buat masa sekarang kita jangan berpecah belah , umno akan rampas balik 5tahun lagi, kalau kita belah macam mana kita boleh lima tahun akan datang, aku nasihatkan ekonomi kita tak berapa baik akibat kebodohan ph itu, ph satu hari nanti akan berpecah belah kerana mereka salah satu sama lain

    Reply
  • May 30, 2018 at 20:32
    Permalink

    Setuju tu. Masa ni bukanlah waktunya kita nak bertelagah sesama kita. Perlu diingat, BN khususnya UMNO yg hari ini bergelar pembangkang akan sentiasa diperhatikan rakyat. Jika UMNO masih lg dibelenggu dgn perkara² yg sepatutnya tidak perlu dibesar²kan, ini akan semakin menghilangkan kepercayaan mereka.
    Sebagai ahli parti, kita tidak boleh memburukkan lg keadaan parti keramat ini. Jiwa besar yg ditunjukkan oleh Tok Najib yg sanggup melepaskan teraju parti sepatutnya membuka ruang kpd pemimpin² yg lain mencontohi prinsip kebertanggungjawaban beliau.
    Apa guna kita menang dlm perebutan jawatan parti sedangkan parti ini sendiri sedang parah?

    Reply
  • May 30, 2018 at 21:17
    Permalink

    Patut waktu sekarang para warlord yg tinggal ni bermuhasabahlah . Jangan lah ada acara menunding jari kpd sesiapa….kekalahan BN pun ada terkait dgn diri mereka juga

    Reply

Leave a Reply