Maafkan kami PM kerana Allah larang kami TAAT kepada kepimpinan sekarang.

oleh Kang Nasir

Allah larang kami taat kepada pemimpin yang cenderung mengajak kepada kemungkaran. Usahkan pemimpin yang cenderung mengajak kepada kemungkaran. Sedangkan ikut ulama yang mengajak pada kemungkaran pun dilarang inikan taat menjunjung kafir harbi DAP?
(Kongsian asal dipautan ini)
https://m.facebook.com/kang.nasir/photos/a.1252396331483199.1073741883.465342536855253/1819417598114400/?type=3&source=48

Kerosakkan jiwa dan minda orang melayu berpunca kerana #PakLebai #AgamaPAS dan #PakWahab tidak mengajak kita menjadikan islam sebagai amalan. Maka itulah berlumba-lumba melayu ikut kafir DAP beramal dengan amalan kafir harbi lalu menjunjung kafir sebagai pemimpin yang memimpin mereka agar ikut sama terjun keneraka.

Sedarkah anda selama ini berapa juta umat islam khususnya gerombolan #AhliSyurga parti PAS yang terlanjur TAAT kepada pemimpin mereka yang mengajak pada perkara keji dan mungkar. Dan kesannya anda dapat lihat sekarang kerosakan ummah yang sering bertelingkah.
(Rujuk keterangan pada klip ini)

Puncanya. Mereka menghalalkan permusuhan sesama saudara dan taat kepada kafir DAP ikut kitab jinggay sebelum ini yang terbukti Allah murka dan Allah kembalikan fitnah itu terhadap mereka.
Rasulullah saw bersabda:
“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim.”
(Hadits riwayat Muslim)

Sebab itulah kami tidak salahkan anda semua kerana kita sudah tidak diajar oleh ulama politik agar menjadikan islam sebagai amalan akibatnya ramai umat islam terhegeh-hegeh berlumba2 ikut kafir laknat DAP beramal amalan kafir harbi.
https://m.facebook.com/kang.nasir/photos/a.1252396331483199.1073741883.465342536855253/1811830918873068/?type=3&source=48

Walaupun berulang-ulang kami pesan malah ulama yang sebenar pun mengingatkan tapi NAFSU orang melayu terlalu buas sanggup ingkar kufur sehingga sengaja bertekat terjun keneraka hanya alasan menderita kerana GST dan dizalimi Najib. Walhal kami #WargaMiskin yang mereka konon simpati dengan nasib kami hingga pergunakan nasib kami konon kami menderita seperti mereka sedangkan kami bersyukur dan berterima kasih Najib permudahkan urusan kami dan kami berdoa semoga Allah permudahkan urusan Najib.

Amaran Allah ini peringatan bukan olok-olok.
“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.”
(A-li’Imraan : ayat 28)

Atau kalian memang bukan orang yang beriman iaitu golongan kulit bawang dan buih-buih selepas banjir?

Sebelum ini kami menyeru. Jika sayang pada Tun mintalah dia habiskan sisa masa dengan beramal ibadah. Kita sayang pada PM. Tetapi kenapa rakyat yang menyokong kerajaan tidak rasa kasihan kepada PM terus menyokong segala tindakannya asyik nak ingat kepentingan dunia tak nak ingat bekalan dihari kemudian? Beramal ibadah itu bukan hanya kewajipan puasa solat zakat saja..
Kongsian asal dipautan ini.
https://m.facebook.com/kang.nasir/photos/a.1579923345397161.1073741900.465342536855253/1790225061033654/?type=3&source=48

Mintalah PM kita habiskan sisa-sisa masa dengan beramal ibadah dengan mendermakan harta2 miliknya ke pusat tahfiz badan kebajikan itu pun amal ibadah malah JARIAH yang pahalanya sentiasa mengalir seperti air sungai yang mengalir memberi manfaat kepada seluruh makhluk dan flora dan faona. Itulah amalan mulia Ds Najib yang umat islam enggan menerima kerana para pengikut dajjal mahu cara kafir mentadbir.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu , Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Apabila seseorang sudah meninggal maka seluruh amalannya terputus kecuali dari tiga perkara (yaitu) dari sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak shalih yang mendo’akannya.”
(HR. Muslim, no. 1631)

Dengan mendermakan harta itu sekurang-kurangnya tidak lah bersusah payah seperti yang dilakukan ketika ini. Iaitu mengajak rakyat kembali kezaman jahiliyah ikut kafir beramal dengan amalan orang-orang kafir yang memburu kemegahan dunia tidak fikir apa akan jadi dikemudian hari.

#ThisIsUs #IslamJalanPenyelesaian.
Peringatan Allah dalam surah At-Takaathur 102.
“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), – Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (Ingatlah) demi sesungguhnya! – Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang. Selepas itu – demi sesungguhnya! – kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
(At-Takaathur : ayat 1-8)

Dari dalil dan nas yang kami sertakan dengan ini kami mohon maaf kepada PM kerana enggan tunduk pada redha manusia kerana kami takut kepada Allah.
Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah”
(Diriwayatkan oleh al-Tabrani)

Kami harap PM faham keterangan diatas itulah mengikut Quran dan Sunnah yang dituntut. Sekian. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalsmualsikum w.w.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *