Kalaupun Najib didapati bersalah dan zalim apa mudaratnya pada kita?

Share

oleh Kang Nasir

Kan dulu saya pernah tanya. Kalaupun Najib didapati bersalah dan zalim. Apa mudaratnya pada kita?

Sebab itulah saya menyeru mengajak anda mintalah mereka para ilmuan #PakLebai politik dan #PakWahab belajar dan mengajar rukun iman agar tidak kufur. Disebabkan PakLebai #AgamaPAS dan PakWahab walaupun tahfiz tapi kufur enggan redha dengan bahagian yang Allah telah tetapkan kepada diri kita masing-masing lah punca hingga mereka hilang akal ikut perangai #CaiDAP memfitnah melaknat. Bukan itu saja. Malah pergunakan nasib kami #WargaMiskin konon kami menderita seperti mereka. Mereka bukan sedar pun Allah LAKNAT maka itulah walau ada kereta Ferarri pun hidup melarat kerana tak berkat dan penyakit jiwa tenat.

Mustahil mereka tak faham sedangkan mereka tahfiz.
“(Mengapa mereka mendakwa demikian), tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang-orang yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah).”
(Az-Zumar : ayat 52)

Benarkah Najib zalim pencuri perompak sehingga berlumba-lumba PakLebai dan PakWahab memilih ayat Quran dan Hadis yang berpotensi untuk menghasut memfitnah pemerintah? Mungkin anda sering dengar hadis yang dimaksudkan hingga kadang seakan satu ugutan kepada kita konon kita yang berterima kasih kepada Najib kerana jasanya menolong kami warga miskin akan masuk neraka kerana tak ikut kehendak nafsu mereka.

Dari Ka’ab bin Ujroh radhiyallahu ‘anhu ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar mendekati kami, lalu bersabda:
ﺇِﻧَّﻪُ ﺳَﻴَﻜُﻮﻥُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﺑَﻌْﺪِﻱ ﺃُﻣَﺮَﺍﺀٌ ﻓَﻤَﻦْ ﺩَﺧَﻞَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻓَﺼَﺪَّﻗَﻬُﻢْ ﺑِﻜَﺬِﺑِﻬﻢْ ﻭَﺃَﻋَﺎﻧَﻬُﻢْ ﻋَﻠَﻰ ﻇُﻠْﻤِﻬﻢْ ، ﻓَﻠَﻴْﺲُ ﻣِﻨِّﻲ ﻭَﻟَﺴْﺖُ ﻣِﻨْﻪُ ، ﻭَﻟَﻴْﺲَ ﺑِﻮَﺍﺭِﺩٍ ﻋَﻠَﻲَّ ﺣَﻮْﺿِﻲ ، ﻭَﻣَﻦْ ﻟَﻢْ ﻳُﺼَﺪِّﻗْﻬُﻢْ ﺑِﻜَﺬِﺑِﻬﻢْ ﻭَﻟَﻢْ ﻳُﻌِﻨْﻬُﻢْ ﻋَﻠَﻰ ﻇُﻠْﻤِﻬِﻢْ ، ﻓَﻬُﻮَ ﻣِﻨِّﻲ ﻭَﺃَﻧَﺎ ﻣِﻨْﻪُ ﻭَﺳَﻴَﺮِﺩُ ﻋَﻠَﻲَّ ﺍﻟْﺤَﻮْﺽَ
“Akan ada setelahku nanti para pemimpin yang
berdusta. Barangsiapa masuk pada mereka lalu membenarkan (menyetujui) kebohongan mereka dan mendukung kezaliman mereka maka dia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya, dan dia tidak bisa mendatangi telagaku (di hari kiamat). Dan barangsiapa yang tidak masuk pada mereka (penguasa dusta) itu, dan tidak membenarkan kebohongan mereka, dan (juga) tidak mendukung kedhaliman mereka, maka dia adalah bagian dari golonganku, dan aku dari golongannya, dan ia akan mendatangi telagaku (di hari kiamat).”
(HR. Ahmad dan An-Nasa’i)

Oleh sebab itulah saya dari dulu tak salahkan anda semua kerana kita sudah tidak diajar oleh ulama PakLebai politik dan PakWahab agar menjadikan islam sebagai amalan. Itulah beza antara AgamaPAS vs TASAWUF.

SAYA ULANGI.

Kalaupun Najib didapati bersalah. Apa mudaratnya pada kita? Cuba bandingkan apa mudarat pada diri kita dengan segala apa yang kita lakukan hingga bersusah payah berlumba-lumba ikut kafir beramal amalan orang kafir memfitnah mencaci melaknat sampai tak sedarpun Allah laknat. Kerana disebabkan LAKNAT Allah itulah hidup tak berkat dan jiwa melarat. Ada mereka para ilmuan yang kufur itu sedar bahawa mereka menghimpun #DosaBerantai dan bakal menghimpun #DosaJariah?

#ThisIsUs #IslamJalanPenyelesaian.
Nak tau apa yang Allah laknat?
“Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!”
(Al-Humazah : ayat 1-3)

Dalam TASAWUF. Bermegah-megah bangga dengan kehidupan dunia salah satu amalan keji SIFAT MAZMUMAH yang menjurus kearah kerosakan hati. Dan perbuatan itu adalah dosa kerana Allah berulang-ulang beri amaran kehidupan dunia melalaikan.

Peringatan Allah dalam surah At-Takaathur yang bermaksud:
“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), – Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (Ingatlah) demi sesungguhnya! – Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang. Selepas itu – demi sesungguhnya! – kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
(At-Takaathur : ayat 1-8)

Anda berikan bukti kepada saya hasil fitnah dari lidah mereka yang mempergunakan hadis HARAM SYURGA untuk pemimpin yang zalim tanpa sedar anda sengaja mahu mereka menghimpun DOSA BERANTAI sebagai bekalan mereka. Angkara kerakusan nafsu, dengan sengaja mereka menghalalkan cara perguna masjid dan agama untuk memburu habuan dunia dan redha manusia (iaitu redha anda). Begitulah juga ada yang mempergunakan Hadis Doa Nabi saw melaknat pemimpin yang menyusahkan kita kononnya Najib menzalimi kita kerana Najib tidak memberi kepuasan nafsu dan kehendak hati mereka.

Sebenarnya. Hadis-hadis tersebut adalah amaran Allah dan Rasulullah saw kepada pemimpin. Iaitu dosa itu antara mereka dengan Allah. Itupun JIKA BENAR Najib menzalimi anda? Sedangkan kami warga miskin bersyukur kerana DS Najib mempermudahkan urusan kami dan kami mendoakan kebaikan buat beliau agar Allah permudahkan urusan beliau. Doa kami ini juga dalam hadis yang sama yang ulama pergunakan.

Doa Nabi saw yang dimaksudkan.
Dari Aisyah ra.

ﺍﻟﻠﻬُﻢَّ، ﻣَﻦْ ﻭَﻟِﻲَ ﻣِﻦْ ﺃَﻣْﺮِ ﺃُﻣَّﺘِﻲ ﺷَﻴْﺌًﺎ ﻓَﺸَﻖَّ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ، ﻓَﺎﺷْﻘُﻖْ ﻋَﻠَﻴْﻪِ، ﻭَﻣَﻦْ ﻭَﻟِﻲَ ﻣِﻦْ ﺃَﻣْﺮِ ﺃُﻣَّﺘِﻲ ﺷَﻴْﺌًﺎ ﻓَﺮَﻓَﻖَ ﺑِﻬِﻢْ، ﻓَﺎﺭْﻓُﻖْ ﺑِﻪِ
“Ya Allah, barangsiapa yang diberi tanggung jawab untuk menangani urusan umatku, lalu ia mempersulit mereka, maka persulitlah hidupnya. Dan barangsiapa yang diberi tanggung jawab untuk mengurusi umatku, lalu ia memudahkan urusan mereka, maka mudahkanlah hidupnya.”
(HR. Muslim, no.182)

Sebab itulah saya tidak salahkan anda semua yang gembira dengan kejayaan kafir menjadi pemimpin anda. Nak tau kenapa? Kerana kerosakan jiwa dan minda umat islam disebabkan kerosakkan hati maka itulah nafsu menjajah jiwa dan minda mereka. Hampir 10 tahun saya menyeru mintalah PakLebai dan PakWahab mengajar ilmu tasawuf. Kerana disebabkan kerosakkan hati itulah punca NAFSU MENJAJAH JIWA & MINDA. Allah dah ingatkan kenapa anda dan ulama ingkar kufur.

“Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?”
(Al-Jaathiyah : ayat 23)

Marilah kita bertaubat. Kerana apa yang anda lakukan semata-mata menzalimi diri kerana menuruti nafsu bertuhankan nafsu. Sempena bulan mulia ini bertaubatlah, minta ampun dan maaf kepada Najib atas keterlanjuran itu kerana dosa kalian itu melibatkan dosa kepada Allah selain dosa kepada Najib dan dosa kalian kepada semua yang kalian fitnah caci cela dan kalian hasut agar ikut sama menzalimi diri.

Andai saja Najib seperti PakLebai yang suka melaknat ajak makmum berjemaah dengan melaknat. Jika tak esok suatu masa Allah timpakan musibah kepada kita semua kerana doa pemimpin yang adil apatah beliau adalah orang yang teraniaya angkara fitnah tentera iblis. Kerana doa beliau tanpa hijab.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu doa seorang berpuasa hingga ia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang di zalimi.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Sebenarnya. Terlalu banyak amalan-amalan mulia dalam islam memberi manfaat untuk kita agar hati senang jiwa tenang fikiran lapang segala urusan kita Allah permudahkan dan rezki pun dimurahkan. Malangnya majority umat islam ENGGAN. Oleh itu jika sahabat dengar ustaz kat depan berceramah menghasut memfitnah konon dia menderita dizalimi. Mintalah dia AMALKAN ISTIGHFAR. Dan saya juga syorkan anda juga perlu amalkan. Itulah amalan kami warga miskin selama ini.

Rasulullah saw bersabda:

“مَنْ أَكْثَرَ مِنْ الِاسْتِغْفَارِ؛ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَمِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ”

“Barang siapa memperbanyak istighfar; niscaya Allah memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rizki dari arah yang tidak disangka-sangka” (HR. Ahmad dari Ibnu Abbas dan sanadnya dinilai sahih oleh al-Hakim serta Ahmad Syakir).

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!