Najib hairan Pakatan Harapan sifatkan ekonomi negara kukuh

Share

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kehairanannya terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang menyifatkan ekonomi negara kini kukuh.

Beliau berkata, ini kerana sewaktu pemerintahan kerajaan terdahulu iaitu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14, Pakatan Harapan meletakkan ekonomi negara sebagai dalam keadaan krisis dan gagal.

“Saya hairan betapa cepatnya ekonomi negara bertukar dari kononnya dalam keadaan krisis dan gagal sebelum PRU-14 kepada keadaan ekonomi yang kuat dan kukuh. Cuma dua minggu lebih sahaja?” soalnya dalam laman Facebook, di sini hari ini.


Najib berkata demikian bagi menyelar kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kepada pemberita semalam yang menegaskan asas ekonomi negara kekal kukuh, sektor kewangan stabil, sektor perbankan mempunyai permodalan yang kukuh dan kecairan yang mencukupi dalam pasaran.

Guan Eng berkata, pihaknya percaya dengan pentadbiran baharu yang berfokus kepada kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan, keyakinan pelabur akan kukuh dari semasa ke semasa.

Menteri Kewangan itu turut mengumumkan jumlah hutang kerajaan Persekutuan dan liabiliti berjumlah RM1.087 trilion atau 80.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat 31 Disember 2017.


Guan Eng mendedahkan, daripada jumlah itu, hutang kerajaan Persekutuan berjumlah RM885.9 bilion yang mana ia merangkumi hutang rasmi kerajaan Persekutuan RM686.8 bilion atau 50.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Jaminan Kerajaan RM199.1 bilion atau 14.6 peratus daripada peratus KDNK. – UTUSAN ONLINE

5 thoughts on “Najib hairan Pakatan Harapan sifatkan ekonomi negara kukuh

  • May 27, 2018 at 14:07
    Permalink

    Kang kalau cakap EKONOMI KUKUH, kau perli juga.
    Bila cakap hutang negara dah capai 1.2 TRILLION, kalu kata jangan dihebahkan, tak baik bagi pasaran. Jadi APA YANG KAU MAHU SEBENARNYA…………..????
    Nak berkuasa semula….???
    Podddah…. haktuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    Reply
    • May 27, 2018 at 15:13
      Permalink

      Dasar mcai pkr x mengaku dasar ekonomi negara mmg kukuh kau tu kenyang makan dedak fitnah belendir rafizi. Kebenaran pun kau tolak.

      Reply
    • May 27, 2018 at 20:12
      Permalink

      Alahai ‘cikminah’, tu kahak kau tu tolong jilat balik ya. Dulu kaulah yang kata dia tu Mahafiraun la ni MahaKuSayang.

      Reply
    • May 28, 2018 at 11:54
      Permalink

      Ala cik minah…susahnye nak paham nko nie yer…tu la hati tu dah hitam…cakap byk sgt ort makan dedak…kan dah berbalik…baca balik artikel2 lama yg geng nkorang cakap malaysia nie dah bankrap sampai nak kene selamatkan

      Reply
  • May 27, 2018 at 16:01
    Permalink

    Dahulu kata negara bankrap. Sekarang kata ekonomi kukuh. Maknanya sah lah PH memfitnah terhadap Kerajaan terdahulu dan membohongi rakyat. Boleh percaya kah kerajaan begini?

    Reply

Leave a Reply