Zahid nafi dakwaan ditemui Mohd. Shukri minta desak Najib berundur

Share


Naib presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull pernah berjumpanya dalam usaha mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan selaku Perdana Menteri berikutan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Ia di luar maklumat saya. Tidak ada (pertemuan),” kata bekas timbalan perdana menteri itu kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan UMNO di ibu pejabat parti hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas pendedahan Mohd Shukri dalam satu sidang akhbar hari ini bahawa SPRM ada menemui jemaah menteri ketika itu berhubung skandal 1MDB yang didakwa melibatkan Najib.

Ahmad Zahid yang kini menjalankan tugas presiden parti, kemudian turut bertanyakan soalan tersebut kepada Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang hanya menjawab “tidak” sambil menggeleng kepala.

Mohd. Shukri dalam sidang media itu berkata daripada kesemua menteri yang ditemui pihaknya, hanya tiga berani bersuara iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. – BERNAMA



3 thoughts on “Zahid nafi dakwaan ditemui Mohd. Shukri minta desak Najib berundur

  • May 23, 2018 at 11:22 am
    Permalink

    Apa APA sahaja usaha utk penjarakan dsn.kp sprm kalau ada ugutan bunuh KNP x lapor pads polis Dan knp perlu lari ke u.s dan dapatkan perlindungan polis u.s. Knp perlu sebak semasa buat sidang media.sila buat sumpah laknat kp sprm.hebat perancangan pH.

    Reply
  • May 23, 2018 at 11:31 am
    Permalink

    Panggil semua ustaz Dan ulama buat bacaan yasin dan doa minta petunjuk dari allah kebenaran sebenar..kumpulkan dari drm sampai semua yg terlibat .air bacaan yassin tu tadi perlu diminum oleh semua orang terlibat.biar Allah berikan petunjuk.

    Reply
  • May 24, 2018 at 6:04 am
    Permalink

    SPRM bertindak x nampak profesional langsung. Tuduh itu tuduh ini…kelamkabut sangat…why?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *