Tuduhan Shukri terhadap saya teramat berat namun menerima permohonan maafnya – Dzulkefli

Share

Tan Sri Dzulkifli Ahmad memandang serius kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull yang melabelkan dirinya sebagai ‘pengkhianat negara.

Bekas Pesuruhjaya SPRM itu turut menyifatkan kenyataan Shukri itu sebagai satu tuduhan yang teramat berat ke atas dirinya sepanjang tempoh hampir 25 tahun berkhidmat di dalam perkhidmatan awam Malaysia.

“Saya telah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab, profesional serta memberikan komitmen yang tinggi dan saya sesungguhnya tidak pernah pada bila-bila masa menjadi atau bertindak sebagai pengkhianat negara.

“Walau bagaimanapun, saya amat terharu dan ingin memaklumkan bahawa beliau (Shukri) telah menghubungi saya pada pagi ini melalui aplikasi Whatsapp,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Dzulkefli, sebagai seorang yang berjiwa besar, Shukri telah memohon maaf kepada beliau di atas kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan terhadap dirinya dalam sesi sidang media tersebut semalam.

“Saya amat bersyukur dan berlapang dada untuk menerima permohonan maaf beliau dan kami berdua menyifatkan bahawa isu ini telah pun selesai,” katanya.

Semalam, Shukri dalam sidang akhbarnya yang dihadiri lebih 100 petugas media mendedahkan beliau menerima ancaman bunuh ketika menyiasat kes anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn. Bhd. dan terpaksa melarikan diri ekoran daripada ancaman tersebut.

Shukri turut menyifatkan Dzulkefli sebagai pengkianat negara kerana tidak meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh pihak SPRM dan turut menerima pelantikan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sehingga mendorong beliau bersara awal.-UTUSAN ONLINE

4 thoughts on “Tuduhan Shukri terhadap saya teramat berat namun menerima permohonan maafnya – Dzulkefli

  • May 23, 2018 at 20:42
    Permalink

    Tan Sri Zulkifli nampak lebih berwibawa, tenang dan sabar. Orang yg menuduh pula kelihatan kelamkabut dan serabut, kenapa yek?

    Reply
    • May 24, 2018 at 14:31
      Permalink

      Betul..betul..betul…

      Shukri nyer sidang akhbar nampak sangat menunjukkan prejudis kepada DSN. Pendekata sidang akhbar tu menunjukkan dia ‘orang’ Tun M.

      Sepatutnya professional.

      Lagi satu kata Gani Patail dulu dah siap kertas pertuduhan penuh cuma tinggal nak tangkap jer DSN. Abis ni selongkar rumah DSN sampai 18 jam cari bukti apa lagi.

      Nampak sangat Gani Patail tu dulu ada konspirasi.

      Reply
  • May 23, 2018 at 23:12
    Permalink

    Orang boleh ubah skrip ikut suka hati dia.

    Reply
  • May 23, 2018 at 23:15
    Permalink

    Lagi2 orang politik.suka hati dia jer nak tukar skrip

    Reply

Leave a Reply