Penurunan nilai ringgit

oleh Syahir

Ringgit merupakan matawang yang mencatatkan pengukuhan tertinggi bagi tempoh setahun yang lalu (22 Mei 2017 – 22 Mei 2018) di kalangan matawang negara pasaran membangun (emerging markets).

Ini disumbang pelbagai faktor terutamanya kenaikan harga minyak mentah dunia, kenaikan baki akaun semasa negara, pertumbuhan eksport berterusan dan pertumbuhan ekonomi domestik yang kukuh.

Selepas 9 Mei 2018, Ringgit menyusut sedikit berbanding US Dollar daripada 3.9435 kepada 3.9785 semalam kemudian sedikit mengukuh kepada 3.9670 hari ini.

Jarang-jarang kita dengar pakar-pakar matawang “segera” memberikan komen mereka tentang tukaran matawang asing sekarang.

Mungkin mereka masih menunggu kerajaan baru memulihkan Ringgit seperti mana dijanjikan di dalam Manifesto Harapan mereka iaitu Janji 2 di mana mereka akan mengarahkan Bank Negara Malaysia untuk merangka strategi untuk “memulihkan” Ringgit dalam tempoh masa 3 tahun. Jadi tunggulah pakar-pakar matawang ini untuk tempoh 3 tahun.

Dalam masa yang sama Ringgit sepatutnya pulih dengan sendirinya selepas harga minyak mentah dunia meningkat sehingga kini mencecah hampir US$80 setong.

Tapi hairan Ringgit masih kekal di sekitar 3.95 sehingga 3.98 dan menghampiri semula 4.00 selepas mencatatkan prestasi terbaik sejak setahun yang lalu.

Kenapa agaknya?

Sumber: Bloomberg Terminal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *