GST: Itulah Perbahasannya Dulu, Bagaimana Kalau Harga Minyak Jatuh?

ALASAN pentadbiran hari ini bahawa kehilangan hasil dari GST apabila kadarnya menjadi 0% Jun nanti, boleh ditampung dari hasil minyak yang sekarang berada pada harga tinggi, sebenarnya  adalah hujah yang telah menjadi pertimbangan bila GST mula nak diperkenalkan kerajaan terdahulu setelah harga minyak menunjukkan trend kejatuhan bermula sekitar 2014.

Harga tinggi oklah, persoalannya bagaimana kalau harga minyak dunia jatuh, negara nak cari duit kat mana?  Akan diperkenal lesen TV balik ke, yuran sekolah/periksa kena bayar semula ke atau macam mana?  Tanya sajalah ni bukan ada niat apa yang lain.

Apa nak cakap ialah, hujah ni sebenarnya dulu lagi bincang dah, bukan benda baru.  Hasil semua perbincangan itu semua dulu, rakyat difahamkan bahawa  sememangnya negara tidak boleh terus bergantung kepada hasil minyak, terutama semasa kejatuhan harga minyak berlaku.  Hasil dari SST pula tidak mampu menggantikan hasil minyak sebab sistem itu mudah dimanipulasi menyebabkan kutipan hasil tidak sampai kepada kerajaan.

Ke ada hujah yang lain dari itu? Tak pulak kita dengar sampai sekarang.  Sehingga itu berlaku (ada hujah lain bagi menjawab persoalan bagaimana kalau harga minyak turun?), itu yang tak faham kenapa alasan ini dikitarkan semula bila perbincangan mengenai telah dibuat banyak kali?

Belumpun kadar GST menjadi 0%, sebuah agensi penarafan antarabangsa hari ini memberikan amaran bahawa kehilangan hasil GST tanpa langkah penyesuaian adalah credit negative.  Credit Negative dari apa yang penulis faham bermaksud, penarafan kredit akan terjejas dan menyebabkan pinjaman dimasa depan menjadi lebih sukar untuk diperolehi.

Perlu diingatkan bahawa negara ni dah pernah guna polisi bergantung kepada pendapatan dari hasil minyak sehingga 40% untuk mendapatkan duit dan kita semua melihat sendiri bagaimana polisi ini menjejaskan kewangan negara bila harga minyak dunia merudum seperti yang berlaku antara 2014 hingga 2016.

Ini fakta, bukan propaganda sebab bila minyak dunia jatuh, kita semua nampak ia turut menjejaskan negara pengeluar minyak yang lain, bukan Malaysia saja.

3 thoughts on “GST: Itulah Perbahasannya Dulu, Bagaimana Kalau Harga Minyak Jatuh?

  • May 22, 2018 at 5:56 pm
    Permalink

    Harga minyak naik atau jatuh mereka tetap terkena.Kerajaan PH ,adalah kerajaan Lebai Malang,kalau harga minyak jatuh mereka kehilangan hasil ,manakala kalau harga minyak naik mereka terpaksa membayar subsidi yg lebih tinggi pula.Memang Kerajaan PH tidak akan bertahan lama,kerisis ekonomi menunggu mereka.Kalau tidak pun mereka akan di landa kemarahan rakyat kerana tidak mampu menunaikan janji.

    Reply
  • May 23, 2018 at 2:29 am
    Permalink

    Duit jatuh tak ada gst habis negara kita ini, kalau buat tambatan ringgit pun tak guna kalau dollar jatuh disebab minyak jatuh harga tun m memang tak tahu berfikir, kalau export kita jatuh lagi tak guna

    Sebab itu kita perlukan gst itu

    Reply
  • May 23, 2018 at 11:50 am
    Permalink

    17 ribu org dah kena korban.. dapat la cover gst setahun..
    setahun = cukup la mathir nak pusing benda lain cover janji diaorg tu..
    dia terror, dia bagi jadi jugak..
    now ckp hutang tinggi (markup sikit) cover line pakatan, nnt tak menjadi pakai modai hutang tinggi..
    dan.. menteri rasuah dan sapi dpt nama..
    tutup lubang korek lubang mathir style..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *