KJ: Laporan Fitnah

Share

Saya terbaca satu artikel dari vharian.blogspot.my bertajuk ‘Memang ada petanda Najib menyeleweng-KJ akhirnya pecah rahsia 1MDB’.

Saya menafikan sekeras-sekerasnya laporan tersebut kerana ia bersifat fitnah dan dilihat cuba melaga-lagakan saya dengan bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ingin saya menegaskan bahawa saya tidak pernah sesekali berkata demikian, sebaliknya kenyataan asal saya kepada Channel News Asia (CNA) telah dimanipulasi oleh portal berkenaan.

Dalam temubual dengan CNA beberapa hari lalu, saya ada menyebut bahawa seluruh kepimpinan dan ahli UMNO serta Barisan Nasional (BN) telah terkhilaf dengan tindakan kami yang gagal menasihati Dato’ Seri Najib tentang penolakan rakyat terhadap gagasan politik yang diketuai beliau sebelum PRU-14.

Itulah ‘petanda penolakan’ yang saya maksudkan, dan tidak pernah sesekali saya mengatakan bahawa saya telah nampak penyelewengan dalam hal 1MDB, seperti tajuk berita portal tersebut.

Selaku Pengerusi Pemuda BN, saya menyeru semua pihak supaya tidak menerbitkan berita atau kenyataan palsu berkenaan 1MDB.

Kita semua maklum bahawa polis sedang mengadakan siasatan menyeluruh terhadap kes berkenaan dan ingin saya tegaskan bahawa selaku bekas Perdana Menteri dan rakyat Malaysia, Dato’ Seri Najib perlu dihormati selagi tiada pendakwaan di atas semangat ‘innocent until proven guilty’.

*Khairy Jamaluddin*
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Pemuda BN Malaysia

One thought on “KJ: Laporan Fitnah

  • May 20, 2018 at 09:42
    Permalink

    Kalau fitnah, samanlah. Kerana fitnah itu amat buruk kesannya.

    Reply

Leave a Reply