Siasatan 1MDB atau Pembunuhan Karektor?

Share

oleh Ab Jalil Backer

1. Menggeledah rumah Najib dan keluarga kemudian mengangkut keluar harta-harta peribadi di hadapan media bukanlah satu bentuk siasatan, tetapi “witch-hunt” bagi mewujudkan kebencian rakyat biasa kepada pentadbiran lalu.

2. Kita faham jika barangan yang diambil membabitkan pembelian oleh 1MDB. Namun sehingga hari ini kita semua tahu tuduhan dan dakwaan kononnya berlaku penyelewengan wang 1MDB berlaku di luar negara.

3. Jadi atas sebab apa semua barang-barang seperti beg tangan dan jam diambil oleh Polis? Apakah barang-barang yang diambil tersebut sama dibeli menggunakan akaun 1MDB?

4. Apa yang nampak sekarang ialah kempen persepsi hendak memburukkan Najib Razak semata-mata dan mengalihkan isu sebenar mengenai pentadbiran negara hari ini yang penuh kekusutan dan “cempeqa”.

5. Bekas Peguam Negara Ghani Patail menyatakan beliau telah mempunyai bukti untuk mendakwa Najib sebelum dipindahkan. Ghani adalah orang yang mengusung tilam ke mahkamah dalam kes Anwar Ibrahim dan menyebabkan kita hilang Pulau Batu Putih.

6. Jika sudah ada kertas pendakwaan ketika itu mengapa perlu ada apa-apa siasatan dan “agenda setting” lagi? Dakwa sahajalah. Apakah pada masa itu Ghani mereka-reka kertas pertuduhan kerana berkonspirasi dengan Tun Mahathir?

7. Seluruh episod ini hanya membuktikan satu perkara, Tun Mahathir tidak pernah berubah.

8. Beliau akan membuat apa sahaja untuk menjayakan matlamat dan cita-citanya. Ini termasuklah melantik orang yang ada kes rasuah di Mahkamah sebagai Menteri Kewangan.

6 thoughts on “Siasatan 1MDB atau Pembunuhan Karektor?

  • May 19, 2018 at 01:42
    Permalink

    tun m sedang main crisis actor korang cyber trooper umno mesti bersiap sedia tangkis fitnah cari bukti cepat berlaku pada DSN, korang semua mesti mencari bukti permain tun m itu aku yakin bn bn pasti akan menang, permain crisis actor tak akan berjaya

    Reply
  • May 19, 2018 at 01:48
    Permalink

    Bn kena cepat atasi fitnat permaian crisis actor di buat tun m

    Ini taktik permain crisis actor cuba tun m lakukan pada najib kena upah orang hebat mengkaji permain crisi actor cuba dilakukan tun m pada najib menbuktikan najib tak bersalah

    https://rationalwiki.org/wiki/Crisis_actor

    Reply
  • May 19, 2018 at 02:12
    Permalink

    Sebenarnya melalui cadangan dapatan Suruhanjaya Kerugian Matawang Asing pada 90an tersebut , TUn M , Tun Daim dan Anwar akan disiasat oleh polis atas salahguna kuasa.

    Ketiga-tiga mereka sebenarnya telah gelabah sebab kes matawang tersebut boleh memenjarakan ketiga2 mereka sekaligus maka sebab itu meskipun ketiga-tiga mereak tidak suka satu sama lain, mereka terpaksa bersatu menyelamatkan diri masing2.

    Nasib tidak menyebelahi Najib, beliau tidak sampai hati untuk bertindak segera menggeledah rumah ketiga-tiga mereka sebaik cadangan tersbeut disuarakan.

    Tidak seperti Mahathir, belum lagi kabinet ditubuhkan beliau terus melakukan serbuah polis.

    Harap UMNO menekankan susulan tindakan ke atas pesalah matawang asing tersebut sehingga mereka dapat diadili oleh pihak mahkamah.

    Reply
  • May 19, 2018 at 03:36
    Permalink

    Dendam mahathir pd dsn…proton yg dah mkn duit rakyat puluhan bilion ringgit.diselamatkan oleh najib dgn bekerjasama dgn geely.maknanya kroni drm xde peluang utk kaut keuntungan besar atas angin lg .ntah2 drm sendiri ada dpt keuntungan sekali.

    Forex…beratus billion hilang mcm tu shj.drm balas dendam pd dsn sbb buat drm naik court.

    Caci maki keturunan dsn menunjukkan beliau benar2 dendam pd dsn

    Sindiran dsn dlm parlimen sewaktu pembentangan budget 2018

    dsn x mau ikut telunjuk drm

    Drm cipta permasalahan 1mdb utk jtuhkan dsn
    sama mcm cipta kes liwat utk jthkan anuar.

    drm kubur kata mari tp msh x sedar diri…insaf2lah..selagi umur dikandung hayat..

    dsn…bersabar dan berdoa agar selamat dari tentera2 dajal.

    Reply
  • May 20, 2018 at 08:35
    Permalink

    realiti sekarang bkn kita mencari kesalahan pemimpim…realiti sekarang kita perlu terima bn telah ditolak oleh rakyat atas sebab2 yg kita sendiri ketahui…anuwar kepenjara sebagai langkah pertama kebangkitan rakyat…biarlah najib kepenjara sebagai langkah kebangkitan umno…

    Reply

Leave a Reply