Lompat parti wakil rakyat BN dalam PH ditolak

Sebaran :

Rakyat tidak mahu parti kerajaan lama yang dipimpin Barisan Nasional (BN) mempengaruhi kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH), tegas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sebab itu kata beliau, PH tidak akan menerima sebarang kemasukan pemimpin parti lawan.

“Saya nampak ramai parti lawan yang kalah ini ingin masuk parti-parti PH. Rakyat didapati tidak terima pemimpin-pemimpin dari UMNO dan sebagainya. Sebab itu mereka tidak boleh diterima.

“Walaupun mereka boleh keluar dari parti, secara individu (boleh) sokong kerajaan tetapi mereka tidak akan jadi parti kerajaan,” katanya dalam satu sidang akhbar di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE


Sebaran :

3 thoughts on “Lompat parti wakil rakyat BN dalam PH ditolak

  • Habis itu adun Bn Sabah melompat sokong shafie warisan dan Adun BN sokong MB harapan perak boleh pula diterima

    Reply
  • Muka2 tun mahatir biasa lah untuk menipu rakyat malaysia ini

    Reply
  • Spin dan fitnah belaka..tanda tanda kesepuluh kiamat kecil sudah lengkap.apabila rakyat mengangkat pemfitnah menjadi pemimpin

    Reply

Leave a Reply