Kontrak 17,000 orang penjawat awam lantikan politik ditamatkan

Sebaran :

Kira-kira 17,000 orang penjawat awam berstatus kontrak ditamatkan perkhidmatan kerana merupakan pelantikan politik daripada pentadbiran kerajaan terdahulu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pihaknya bagaimanapun akan mengkaji kedudukan penjawat-penjawat awam terbabit yang bergaji rendah dan bersifat sokongan.

“Ada kes-kes seperti pemandu contohnya, mereka ini bergaji rendah, mungkin kita akan beri jawatan lain yang sesuai dengan kelayakan mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE


Sebaran :

3 thoughts on “Kontrak 17,000 orang penjawat awam lantikan politik ditamatkan

  • Sunguh kejam tun m mahu berhenti pun lepas hari raya baru mereka ini

    Reply
  • Waktu nak raya ni dulu biasanya DS Najib umumkan BR1M untuk kumpulan B40. Bonus untuk kakitangan awam dan orang pencen . La ni abuk pun tarak. Apatah lagi mereka yg dibuang kerja ni. Tentu sedih sangat perasaan mereka kan ?

    Reply
  • Demi rakyat katanya….terima kasih pengundi PH.kami dah dpt habuannya.

    Reply

Leave a Reply