Mansuh GST: Harga barang boleh naik

Share


Langkah pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seperti dijanjikan kerajaan Pakatan Harapan boleh menyebabkan harga barang terus meningkat sekiranya langkah tersebut tidak dikendalikan dengan baik.

Menurut Pakar Percukaian Universiti Tun Abdul Razak, Prof. Dr. Barjoyai Bardai, cadangan kerajaan untuk kembali kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menyebabkan kadar cukai yang dikenakan adalah lebih tinggi, iaitu sebanyak 10 peratus dan mungkin akan berlaku masalah cukai berganda yang memberi kesan kenaikan harga barang.

“Pada permu­laan, pemansu­han ini menguntungkan pengguna ke­­rana baki stok produk yang ada pada peniaga tidak akan dikenakan cukai, maka sepatutnya harga lebih rendah kecuali jika peniaga mencatut harga.

“Namun setelah stok habis, cukai baharu sebanyak 10 peratus akan dikenakan. Ketika ini, kesan terhadap harga barang akan bergantung kepada peniaga kerana jika cukai ini dipindahkan kepada pengguna maka harga barang akan naik. Namun, jika peniaga sanggup menyerap kos cukai tersebut, ia hanya akan memberi kesan kepada keuntungan mereka,” katanya ketika dihubungi Ming­guan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, untuk mengelakkan berlaku masalah cukai berganda akibat kesan ‘bola salju’ (snowball effect), kerajaan perlu memberi kredit cukai, seperti yang digunakan sistem GST.

“Ketika pelaksanaan SST dahulu, terdapat keadaan di mana pihak kilang, pemborong dan peruncit kesemua­nya mengenakan cukai ke atas produk, menyebabkan kenaikan harga akibat cukai yang berganda.

“Untuk memperbaiki sistem ini, kerajaan perlu membenarkan pihak kilang dan pemborong untuk menuntut semula cukai yang telah dikenakan, kaedah yang sama digunakan untuk GST sekarang selain daripada memastikan pemantauan yang berkesan,” ujarnya.

Memansuhkan GST merupakan salah satu komitmen yang dijanjikan kerajaan PH dalam manifesto 10 Janji 100 Hari mereka.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah berkata, kerajaannya akan me­ngembalikan SST untuk menampung kesan pemansuhan GST dalam sebuah temu bual bersama portal The Malaysian Insight, tahun lalu.

Dalam nada yang sama, penganalisis ekonomi, Dr. Madeline Berma pula berpandangan, harga barangan tidak semestinya akan turun seperti yang dijang­kakan ramai pihak, malah ia akan memberi kesan kepada negara secara makro.

Menurut beliau, pemansuhan GST menyebabkan kerajaan perlu mendapatkan ka­edah baharu untuk menjana pendapatan kerana ia melibatkan kehilangan hasil sehingga kira-kira RM41 bilion.

“Selain daripada mengenakan semula SST, kerajaan perlu juga mencari sumber hasil yang lain sama ada dengan memperkenalkan cukai baharu seperti Cukai Keuntungan Modal (CGT), meningkatkan kadar cukai korporat, mengurangkan perbelanjaan terma­suk perbelanjaan pembangunan, menguruskan kewangan kerajaan secara berhemah dan meningkatkan hasil negara dari sumber bukan cukai se­perti hasil eksport,” katanya.

Utusan



6 thoughts on “Mansuh GST: Harga barang boleh naik

  • May 13, 2018 at 5:15 pm
    Permalink

    Secara peribadi saya rasa pemansuhan GST tidak akan menurunkan harga barang,kecuali hanya sedikit utk masa terdekat,kemudiannya akan melambung kembali.Harga barang akan benar-benar turun bila kesan penghapusan GST dan perlaksanaan manifesto PH berjaya membawa malapetaka kemerosotan ekonomi.Masa itu lah harga barang akan turun,termasuklah harga rumah dan kereta terpakai,kerana banyak yg akan terlelong.

    Reply
  • May 13, 2018 at 8:52 pm
    Permalink

    Tun mahathir janji macam2 dia akan jatuh tersunkur korang sabar je mereka tak lama pun daim pun dah tak boleh jalan kaki pun dah sakit2 macam mana dia buat kerja, korang sabah je, selagi perang syria tak habis selagi itu kita akan kita akan hadapi masalah ekonomi ,kalau tak ada gst menbantu ekonomi kita ini malaysia habis, korang semua beli emas langkah berjaga2 krisis ekonomi itu, duit simpanan Bank negara kita hanya mampu bertahan setahun dan dua tahun je, lepas habis dibagi oleh tun mahathir tunaikan janji dia, rakyat selepas 100 hari tun mahathir gagal tunai janji dia rakyat akan bertanya tanya dan mendesak jangka 2020 akan berlaku masalah ekonomi sekali lagi ini nasihat aku ini kamu semua kena faham setiap 10tahun sekali akan berlaku krisis ekonomi akan melanda seluruh dunia, apa bn buat betul menperkenalkan gst pada rakyat betul. Tun mahathir ingat dia tutup mulut manusia ada dimalaysia seperti zaman dia, tun mahathir dia silap besar lah..
    Satu korang semua bersiap sedia bila masalah ekonomi berlaku dan salahkan bn je korang bersiap sedia balas balik cakap dia sebab tun mahathir ph dalam kerajaan bukan bn

    Reply
    • May 13, 2018 at 9:03 pm
      Permalink

      Sngt2 setuju la.aku pn x fhm rakyat malaysia ni.senang d per bodoh kn dgn PH.klu gst tu x bgus x kn la hmpir seluruh dunia laksana kn.

      Reply
  • May 15, 2018 at 12:05 am
    Permalink

    Sokong. Sebenarnya rakyat Malaysia malas membaca dan memahami apa itu GST.

    Pada mereka setiap pembelian akan dikenakan GST.

    Suami aku satu Ngok juga langsung tak tau apa itu GST. Apa yang dia tahu GST dikenakan pada semua barangan .

    Puas juga aku explain tapi tak jalan semu dah macam kena mandrem ngan tipu helah PH.

    Apa yg berlaku adalah kesilapan Pentadbiran Najib kerana tidak memberikan penerangan yang simple kepada rakyat.

    Anak2 aku mulanya puntak faham tapi apabila aku explain baru mereka boleh terima dan tahu. GST adalah membantu bukan membebankan.

    Kita harus perjelaskan GST itu adalah berkonsep tolong menolong yg mana yang mampu membantu kepada yg kurang mampu. Haris ada kajian yg boleh memberikan penerangan secara santai yg boleh melekat di otak rakyat.

    Bukan dengan menggunakan segala terma ekonomi mikro dan makro.

    Reply

Leave a Reply to johan majid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *