Datuk Seri Najib letak jawatan sebagai Presiden Umno

Share


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta-merta selepas kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Perkara itu diumumkan oleh Najib dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri barisan kepemimpinan tertinggi parti.

Najib memberitahu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas-tugas Presiden Parti manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula mengambil alih tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO.

Kedua-duanya juga memikul tanggungjawab serupa bagi tugas Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN.

Najib bagaimanapun menjelaskan, beliau tidak akan sesekali meninggalkan UMNO.

“Saya beri jaminan saya tidak akan tinggalkan UMNO dan akan terus sokong UMNO kerana tiada parti yang ada tolok bandingnya dengan UMNO dan BN. Insya-Allah UMNO akan terus hidup,” kata beliau. -UTUSAN ONLINE


2 thoughts on “Datuk Seri Najib letak jawatan sebagai Presiden Umno

  • May 12, 2018 at 7:56 pm
    Permalink

    Ada pesan buat ds zahid Siapa cuba buat filem crisis actor saman mereka buat cerita fitnah itu supaya kelibiti anda sebagai president tak pertikaikan oleh rakyat, mereka akan buat macam2 cara akan jatuh president umno dengan cipta filem crisis actor itu antara taktik youtube cakap rosmah pukau dan lain cakap rosmah berhati hati ,perlakon ini mereka pasti akan cipta penipuan youtube supaya raputasi anda jatuh …

    https://rationalwiki.org/wiki/Crisis_actor

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *