Demokrasi Di Negara ini Bakal Mati?

Share

oleh Ab Jalil Backer

1. Saya telah menyatakan hasrat untuk tidak memberi sebarang komen mengenai kerajaan baharu pada awal pentadbiran ini. Namun ada beberapa perkara membimbangkan saya bahawa ketika rakyat mengundi untuk negara wajah baru, kemungkinan yang wujud adalah rejim lampau dalam bentuk baru.

2. Tun Mahathir telah “mengugut” untuk mengambil tindakan terhadap kerajaan negeri Sabah jika ada unsur rasuah dalam pembentukan awal tanpa warisan. Ugutan sahaja sudah mencukupi untuk beberapa ADUN melompat kepada Shafie Apdal yang merupakan proksi Tun Mahathir di Sabah.

Apakah ugutan ini bukan satu bentuk “corruption”?

3. Namun yang membimbangkan saya ada usaha dalam Pakatan Harapan untuk memastikan Pendaftar Pertubuhan mengharamkan UMNO bagi mengurangkan kekuatan pembangkang.

4. Pengharaman UMNO tidak akan membatalkan kemenangan wakil rakyat yang telah dipilih. Ia hanya akan menyebabkan wakil rakyat sedia ada hilang parti dan melumpuhkan UMNO sebagai sebuah parti pembangkang.

5. Dengan lumpuhnya UMNO, parti pembangkang terbesar, maka Kerajaan hari ini bolehlah bermaharajela tanpa “check and balance” yang kuat.

6. Seorang peguam PKR juga secara terbuka membuat ugutan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mencemuh pentadbiran Tun Mahathir Mohamad dalam media sosial.

7. Hakikatnya, bukan mudah memegang kuasa kerana kita akan terpesona untuk kekal berkuasa, bukannya membangunkan negara. Anda boleh memberi pelbagai alasan kononnya UMNO juga bertindak sedemikian. Namun bukankah anda menjanjikan sebuah kerajaan yang lebih baik dari Barisan Nasional?

8. Apa pun masa akan menentukan sama ada kita ada wajah demokrasi baharu yang lebih terbuka dari semalam, atau kembali kepada demokrasi terpimpin zaman lalu.

5 thoughts on “Demokrasi Di Negara ini Bakal Mati?

  • May 11, 2018 at 20:29
    Permalink

    Adakah dengan ugutan akan menyebabkan ahli umno akan kecut perut dan lari. Biarlah didakwa pun jika perkara yang dibawa itu benar kalau beribu ahli umno mengkritik dan ditangkap rakyat akan tahu siapa yang benar dan siapa penipu. Hendak membuat tindakan biarlah dalam keadaan bersatu dan jangan lah dua tiga kerat seperti apa yang kita tengok dalam tv3. Pada ketika inilah perlu ditunjuk semangat solidariti pada Bn kerana masih ramai yang sayangkan BN diluar sana. BN perlu menghantar isyarat yang parti ini masih berani dan bersemangat dalam membantu rakyat.
    Pada wakil rakyat dekatilah pengundi anda kerana merekalah anda dipilih, ambil tahu keadaan mereka buatlah pendekatan seperti mana nabi berdakwah insya Alllah BN akan dipilih kerana atas dasar keikhlasan dan bukan kerana dendam amarah seperti PH. Sekian terima kasih.

    Reply
  • May 11, 2018 at 20:31
    Permalink

    Kalau Umno di batalkan saya berdoa semuga sebahgian besar wakil rakyat Umno menyertai PAS.Mana -mana yg mnyertai PAS ,kita boleh mengagak bahawa mereka adalah yg boleh di percayai tidak mementingkan kedudukan,selebihnya biarlah mereka menyertai PH,keran yg ini sudah tentu mereka yg mencari kepentingan diri.

    Reply
  • May 12, 2018 at 01:32
    Permalink

    Pada pendapat saya kekalahan Najib disebabkan beliau terlalu demokratik yang membuatkan pembangkang menggunakan sepenuhnya kesempatan ini. Beliau tidak membezakan negeri dibawah pembangkang dengan negeri dibawah BN lalu anggapan pengundi tiada bezanya mengundi parti pemerintah atau mengundi pembangkang. Mereka menjangka dengan mengundi pembangkang sekalipun kebajikan mereka tidak akan tergugat. Disebabkan terlalu ramai yg bersikap demikian menyebabkan kekalahan kepada BN.
    Apa akan jadi kepada peojek ECRL, SBK, HSR, RAPID dan Bandar Malaysia. Jika tidak dibatalkan sekali pun, projek ini akan menjadi terlalu lembab kerana tidak diberikan perhatian. Jika ini berlaku dibimbambingi pelabur secara perlahan2 akan menarik diri.

    Reply
    • May 12, 2018 at 17:33
      Permalink

      tu laa…rakyat x nak terima fakta…sayang kat projek2 tu…baru nak rasa pemerintahan tanpa madey…tanpa kroni pegang projek2 mega…

      Reply
  • May 15, 2018 at 09:20
    Permalink

    Ab jalil kau cuba nilai balik artikel kau. Begitu mudah kau nak kata demokrasi bakal mati. Zaman najib lagi demokrasi dah dikebumi. Tak boleh persoal apa apa. 1mdb jd rahsia, byk lg. Malas nk taip.

    Reply

Leave a Reply