AHLI PERLU BERTENANG, PERUBAHAN TETAP BERLAKU DALAM UMNO

Sebaran :

Oleh Ab Jalil Backer

Hari ini UMNO menyambut ulang tahun ke-72 (1946-2018) dalam keadaan menyayat hati. Kita menerima tamparan hebat apabila kalah dalam pilihan raya umum buat kali pertama.

Selepas 60 tahun di puncak kuasa, UMNO dan Barisan Nasional berhadapan saat sukar dan laluan berliku untuk kembali memerintah. Adat apabila kalah kita mula mencari salah pelbagai pihak terutamanya Presiden UMNO, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.

Walaupun negara berada di landasan yang betul di bawah Najib Razak, namun isu RM2.6 bilion, 1MDB, rasionalisasi subsidi dan GST yang datang serentak menyebabkan rakyat mengundi perubahan. Kita telah membuat pelbagai penjelasan, namun 45% pengundi telah memilih untuk menolak penjelasan tersebut.

Hari ini ada ahli UMNO sudah bercakap soal meminta Mohd Najib meninggalkan tampuk kepresidenan. Tanpa ragu kita memang memerlukan perubahan dalam UMNO. Saya percaya berikutan kekalahan ini Dato Sri Mohd Najib sendiri tidak akan mempertahankan jawatannya.

Perubahan itu bakal berlaku apabila kita mengadakan pemilihan parti sebelum APRIL 2019. Pada ketika itulah UMNO akan menampilkan muka-muka lama dan baharu yang akan membawa panji Barisan Nasional dalam piihan raya akan datang.

Mendesak dan memekik perubahan kuasa hari ini tidak masuk akal kerana siapa pun yang akan menjadi Presiden UMNO tidak akan menjadi Perdana Menteri segera seperti peralihan kuasa Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib Razak pada 2009.

Justeru kita harus memberi peluang kepada Mohd Najib untuk menyelesaikan pentadbiran parti sebelum orang lain mengambil alih. Menguruskan parti sebesar UMNO dari segi aset dan ahli bukan mudah. Jadi jangan terburu-buru mendesak perubahan sehingga parti terumbang-ambing akibat kehilangan nakhoda.

Ketika parti sedang memulihkan diri usahlah kita bercakaran secara terbuka mendesak Najib Razak melepaskan jawatan. Ingatlah parti memerlukan semua pemimpin sedia ada untuk terus membantu kita kembali bersaing walaupun tanpa jawatan.

Parti bukan sekadar soal meletak muka pemimpin muda atau lawa. Ia memerlukan pengaruh dan wang untuk membolehkan ia menjadi sebuah parti besar. Jadi jangan ketepikan mana-mana pemimpin yang kalah dan menang kerana setiap mereka ada pengaruh dan boleh membantu kelangsungan UMNO.

Meremajakan UMNO tidak akan membawa kita ke mana tanpa pemimpin berpengalaman yang ada “wisdom” dan kekuatan. Pakatan Harapan sendiri tidak akan berjaya tanpa kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Wan Azizah dan Lim Kit Siang. Adakah mereka muda remaja?

Jadi ketika kita melaungkan semangat anak muda, ingatlah politik bukan sekadar wajah dan idea. Ia memerlukan kerja strategik dan pengalaman untuk menumpaskan parti pemerintah.

Siapa pun Presiden UMNO, beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri sekelip mata. Kita ada lima tahun untuk menyusun strategi dan memulihkan parti ini sebelum pilihan raya. UMNO harus belajar bersabar dan memahami politik sebagai pembangkang.

Selamat Ulang Tahun UMNO.


Sebaran :

16 thoughts on “AHLI PERLU BERTENANG, PERUBAHAN TETAP BERLAKU DALAM UMNO

  • masa najib buat press conference…tak seekor pun wakil MCA, Gerakan dan MIC naik pentas untuk menunjukkkan solidarity….mcm ni ke kawan…???

    Reply
  • Aku tahu tun mahathir akan membawa kerosakan besar ph satu hari nanti jika gagal tunai janji mereka aku minta semua ahli umno simpan manifasto ph itu jika mereka gagal tunaikan janji kita serang mereka habis2 san,semua ahli umno kena bersabar buat masa sekarang ahli umno kena kerja kuat, dan ahli umno kena pilih kepenpinan ada baru, jika pemimpin baru jawatan umno nanti apa isu fitnah terkena pada harus cepat saman supaya menjadi penajaran supaya ph tak berani menjatuhkan kalibiti umno pimipin umno itu dan cyber army cepat buat kerja memasti pemimpin umno kalibiti tak rosakan, sikap tun mahathir terlalu sayangkan anak dan kroni akan menjadi dia rosak kita tungu dan lihat kerosakan dibuat tun mahathir sendiri , umno mampu bangkit kejatuhan itu , bagi aku semua kerosakan dibuat tun mahathir memang dah jangka biarkan ph dengan kemenangan mereka..

    Umno akan bangkit balik menjadi parti dibanggakan umno tak perlu sikap nepostism dan kronism ada pada ph umno kena berubah, masih ramai sayangkan umno, satu hari rakyat akan sedar apa tun mahathir dan keluarga dia buat akan merosakan negara itu sendiri seperti tun mutahir merosakan melaka kerana nepotism dan kroni sehinggakan melantik anak sendiri sebagai menteri kerana menjadi kerajaan melaka jatuh kerana mahu perkayakan diri sendiri anak sendiri

    Reply
    • Maaf bukan tun mutahir mengkianat Melaka tapi raja mundelian Mengkianat melaka, kesilapan tun mutahir melantik anak sendiri jadi mendapat jawatan menteri, raja mundelian cemburu kerana tun mutahir mengamalkan nepotism dan kroni, tun mutahir dijatuhkan dengan fitnah konon tun mutahir itu kuasa seperti raja melaka …

      Tun mahathir ada sikap seperti tun mutahir dan raja mundeliar, aku hanya nasihat umno jangan bersikap seperti tun mutahir dan raja mundeliar jika tak umno akan rosak..

      Itu je nasihat aku ini

      Reply
    • Maaf bukan tun mutahir mengkianat Melaka tapi raja mundelian Mengkianat melaka, kesilapan tun mutahir melantik anak sendiri jadi mendapat jawatan menteri, raja mundelian cemburu kerana tun mutahir mengamalkan nepotism dan kroni, tun mutahir dijatuhkan dengan fitnah konon tun mutahir itu kuasa seperti raja melaka …

      Tun mahathir ada sikap seperti tun mutahir dan raja mundeliar, aku hanya nasihat umno jangan bersikap seperti tun mutahir dan raja mundeliar jika tak umno akan rosak..

      Itu je nasihat aku ini

      Reply
  • Pakatan harapan adalah pakatan kroni iaitu pakatan 3 keluarga iaitu Mahathir, Anuar dan LKS. Inilah pakatan yang bakal menghancurkan Malaysia dengan membawa amalan kroni dan salahguna kuasa. Dan lebih merisaukan akan ada perubahan dasar dalam pentadbiran kerajaan, adakah kepentingan orang melayu akan dipertahankan selepas ini oleh PH? Apa masa depan MARA, JAKIM dan agensi lain yang berkaitan Islam dan Melayu. Melayu akan jadi menang sorak kampung tergadai. Melayu secara perlahan-lahan akan dipinggirkan secara sistematik seperti yang berlaku di Pulau Pinang. Melayu akan dilekakan dengan hiburan dan sosial dan bangga jadi urban dengan meninggalkan jati diri melayu itu sendiri. Tengoklah keluarga mahathir yang penyokong golongan liberal LGBT, anak tokey syarikat arak dan cucu bela anjing. Orang macam inlah perosak UMNO selama ini. Punca segala yang berlaku sekarang ini adalah perebutan kuasa antara mahatir dan anuwar. Mereklah punca perpecahan umat melayu dan tugas besar adalah untuk menyatukan kembali bangsa melayu dan islam.

    Reply
  • Kita kalah dlm perang persepsi.persepsi umno dan bn di mata rakyat sgt buruk dan Kotor.sehinggakan bila rakyat lihat simbol dacing rakyat jadi menyampah dan benci sgt.inilah yg pemimpin2 umno dan bn kena perbetulkan.tlg ambil serius hal ini.

    Reply
  • Berbeza dgn PH.persepsi rakyat PH sgt bersih, baik dan mulia.jujur Dan benar.bila dah begini persepsi rakyat pada PH.mereka letak calon apa pun mereka blh menang.

    Reply
  • semoga umno dan bn bangkit dan tidak putus asa.apa2 pun saya rakyat sarawak amat berterima kasih dan menyanjungi ds najib.pemimpin yang banyak membantu golongan bawahan.semoga ds najib kembali menjadi pm

    Reply
  • Semua cerita2 buruk tentang orang2 umno dlm media sosial hanya akan memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap umno bn dan dacing.sedang tular kisah pengakuan anak rosmah dlm media sosial menambah burukkan persepsi rakyat terhadap umno Dan bn.isu persepsi negatif ini perlu ditangani segera.

    Reply
  • Sbb utama PH menang pru14 ialah.
    Persepsi positif rakyat + manifesto populis mereka.

    Reply
  • Sbb utama bn klh.
    Persepsi negatif + manifesto tak populis

    Reply
  • Biasa lah puak2 menyakau projek ni tak pernah sabar

    Reply
  • UMNO di bunoh oleh org UMNO sendiri. Dalam UMNO dan di luar, bekas ahli UMNO pula. Mereka sekarang perlu berubah kepada keperluan akan pimpinan yang tegas dan cekap pada lawan dan kawan untuk bangkit kembali.. Ketidak cekapan menanda tangani segala fitnah dan persoalan rakyat adalah antara kegagalan mereka. Contoh 1MDB, GST dan ‘Wang Derma’ penerangan kefahaman masih tak sampai ke akar umbi. Rakyat tahu adalah ‘Najib Pencuri’. Ni nada dimainkan oleh PH. Senang faham oleh orang ‘berotak kampung’ tak kira di bandar atau di desa. Tapi bab GST dan 1MDB berbelit faktanya hingga tak tau apa isu sebenarnya . Rakyat Malaysia ni mentaliti mereka adalah spesis ‘makan bersuap’ dan ‘otak subsidi’ masih menebal. Tidak biasa kepada kesusahan walaupun sedikit. Ketegasan kepada mereka baru mereka akan akur. Macam anak2 perlu sesekali dirotani baru akan jadi baik dan taat. Kelemahan ketara mereka ni pula adalah mudah terpengaruh dengan auta daripada fakta. Kepimpinan UMNO umpama terlalu memanjakan dan percaya ketaatan anak pada ayah dan terlalu memberi muka dan lembut pada lawan. Lama2 makan diri balik..Cakap memanglah senang. Walaubagaimana pun UMNO tetap menjadi pujaan hatiku…Wallahuaklam

    Reply
  • Orang melayu main api ini lah padahnya. Undi melayu muda yang belum berkembang pemikiran sepenuhnya adalah antara penyebab kejatuhan BN. Orang muda ini lah banyak dimomok kan dengan membaca cerita yang separuh benar yang diputar belit oleh PH. Pada masa ini pun bersepah cerita yang menjatuhkan kredibiliti Umno dan dh membuat presepsi negatif hingga melayu jadi jijik pada Umno. Orang melayu ni suka baca cerita skandal dan fitnah tanpa cuba mencari kesahihan cerita tersebut. Benarlah fitnah itu penyakit akhir zaman.
    Ini lah masa yang tepat untuk bermuhasabah dan menbersihkan Umno dari pimpinan atas hingga ke akar umbi. Biar lah Umno ini menjadi suara orang melayu yang matang, berbudi pekerti dan berpegang kepada ajaran Islam. Lambat laun rakyat akan menyedari belang pkr dan dap untuk kepentingan tembolok masing-masing. Melayu perlu bersatu untuk menjadi kuat dan bernaung pada pemimpin yang berkarisma dan berjiwa rakyat.

    Reply
  • Jgn dihina otak kampung. ‘otak kampung’lah yang memenangkan Umno/BN selama ni atas dasar setiakawan. Sebaliknya ‘otak moden’lah lah berderu deru memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan kerana percaya dengan berita di internet dan penerangan PH di ceramah ceramah mereka. PH dah buat kerja dengan cemerlang. Sebaliknya pula BN. Bila kalah Mca dan Mic dag menjauhkan diri, yang lain lain entah apalah agaknya rancangan mereka. Umno Sabah pun ramai dah lompat katak ke seberang. Umno kalah sebab melantik orang orang sebegini untuk memegang jawatan dalam parti. Maka, inilah natijahnya.

    Reply

Leave a Reply