Barisan Kabinet baharu belum diputuskan

Share


Gabungan pembangkang PKR masih belum membuat sebarang keputusan tentang barisan Kabinet baharu kerana perkara itu memerlukan persetujuan daripada empat presiden parti-parti komponennya.

Menurut Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sehingga kini hanya pengisian jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang telah ditetapkan.

Kata beliau, Istana Negara juga telah mengarahkan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Saya berharap angkat sumpah akan dijalankan hari ini.

“Kita juga akan berusaha

  • berkaitan isu pengampunan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau dibebaskan pada 8 Jun ini,” katanya dalam sidang akhbar di Petaling Jaya, dekat sini awal pagi ini.

    Dalam pada itu, Dr. Mahathir turut mengumumkan bahawa cuti umum pada hari ini dan esok. – UTUSAN ONLINE


  • 2 thoughts on “Barisan Kabinet baharu belum diputuskan

    • May 10, 2018 at 6:10 am
      Permalink

      ? bagus, ulasan yang terkawal. Tiada malu dalam kekalahan- yang kalah perlu iktibar untuk bangkit. Bersemangatlah menjadi pembangkang.

      Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *