Memang tradisi DAP sebar propaganda fitnah

Sebaran :

Kaedah DAP menyebarkan propaganda bersifat fitnah semata-mata untuk meraih sokongan rakyat sememangnya menjadi tradisi turun-temurun parti itu.

Bekas Naib Pengerusi DAP Ladang Paroi, Seremban, David Dass berkata, tindakan itu terbukti apabila sebahagian besar anasir-anasir tersebut dibawa oleh pasukan siber DAP atau dikenali sebagai Red Bean Army (RBA) sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lagi.

“Mereka menggunakan sosial media untuk mengkritik atau menyebarkan berita palsu. Malah, RBA terlalu agresif mengeluarkan fitnah ketika itu (pilihan raya umum lalu) tetapi kali ini mereka diam pula. Itu yang menghairankan.

“Jadi, ini memang tradisi DAP sejak dahulu lagi, mereka gunakan RBA bagi memulakan propaganda terhadap pe­mimpin-pemimpin lain dengan niat mahu menjatuhkan kepe­mimpinan dan mencalarkan imej negara,” katanya yang juga Setiausaha Agung Parti Alternatif Rakyat Malaysia (PAP) ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendedahan ahli seumur hidup DAP, Amran Ahmad yang mendakwa DAP sengaja memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menunjukkan parti itu adalah ‘kilang’ fitnah yang mengeluarkan propaganda berita palsu bagi merosakkan imej kepemimpinan negara.

Menurut beliau, pendedahan Penolong Penerbit UbahTV milik DAP itu menunjukkan parti berkenaan menyebarkan fitnah atau berita palsu bagi mencipta kebencian rakyat kepada kerajaan khususnya BN.

Sehubungan itu, Perdana Menteri meminta rakyat supaya berhati-hati menerima maklumat atau tidak menerima bulat-bulat apa yang dilihat dalam media sosial kerana terdapat agenda untuk memburuk-burukkan pemimpin BN.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat berkata, kenyataan Perdana Menteri yang menyifatkan DAP sebagai ‘kilang fitnah’ dianggap benar berdasarkan beberapa dakwaan yang disebarkan oleh parti terbabit.

“Banyak isu yang diperkatakan, misalnya pemimpin-pemimpin parti itu sering kali mendakwa Malaysia akan bankrap. Kita semua tahu berita itu tidak benar malah veteran DAP, Dr. Tan Seng Giaw sendiri pernah mengesahkannya.

“Jadi, tindakan parti itu hanya semata-mata mewujudkan ‘ilusi’ terhadap negara kita,” katanya.

Utusan

 


Sebaran :

Leave a Reply