Doa dan sokongan rakyat penting – Najib

Share


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, doa dan sokongan rakyat penting bagi dirinya menempuh cabaran sebagai pemimpin.

Perdana Menteri berkata, beliau berterima kasih kepada jawatankuasa Masjid At-Taqwa di sini kerana mengadakan solat hajat bagi memohon kelancaran proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) esok.

“Semoga dengan doa dan sokongan ini, kita dapat meletakkan kebaikan dan agama pada kedudukan yang tinggi,” katanya ketika menyampaikan ucapan ringkas selepas solat hajat di Masjid At-Taqwa di sini hari ini.

Solat hajat itu diadakan sejurus solat Maghrib dan diimamkan oleh Kadi Daerah Pekan, Ahmad Nizam Abdul Manan. – UTUSAN ONLINE.
Tag Berkaitan

PRU14 Pahang Pilihan Raya Terkini

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/doa-dan-sokongan-rakyat-penting-najib-1.668865#ixzz5EuwfRwaG
© Utusan Melayu (M) Bhd



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *