Dia lagi ‘hantu’ – Raja Nong Chik

Share

Beria-ia calon PKR Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menguar-guar kononnya terdapat ramai pengundi hantu di kawasan itu sehingga menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai `dalang’, namun kebenaran akhirnya terbongkar.

“Saya dimaklumkan dia (Ahmad Fahmi) baru bertukar tempat mengundi ke Lembah Pantai tahun lepas dari Ampang. Alamat yang digunakan pula adalah rumah tempat warga asing tinggal.

“Kemudian dia yang juga calon dari luar cari siapa `pengundi hantu’ di Lembah Pantai, tapi rupa-rupanya dia lagi `hantu’,” kata Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, calon Barisan Nasional (BN) pesaing Ahmad Fahmi.

Menarik perhatian bahawa Ahmad Fahmi memakai modus operandi atau `Prosedur Operasi Standard’ (SOP) kempen mirip seperti digunakan penyandang kerusi itu, Nurul Izzah Anwar yang gemar berbohong dan menabur fitnah, Raja Nong Chik yang dihubungi Utusan Malaysia pagi ini menjangkakan akan ada `bom fitnah’ digugurkan di Lembah Pantai dalam tempoh kurang 24 jam ini.

“Malam tadi Ahmad Fahmi menipu penduduk Lembah Pantai mengatakan saya akan hadir berdebat dengannya, sedangkan saya tidak layan kehendaknya itu.

“Dia bubuh dalam Istagram dia dengan letak gambar saya tanpa kebenaran tetapi pada masa sama malam itu dia berada di Sentosa. Ini semua untuk raih publisiti murahan untuk dapat perhatian pengundi atas pagar,” kata Raja Nong Chik. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply