ANTARA JANJI PALSU PKR DAN JALAN LURUS NAJIB RAZAK UNTUK RAKYAT DAN NEGARA

Sebaran :

oleh Ab Jalil Backer

MENJELANG Pilihan Raya Umum rabu ini, Pakatan Harapan telah berkempen undi mereka kos sara hidup akan diturunkan dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan dikekalkan. Setelah meneliti manifesto mereka, saya dapati janji ini sangat tidak munasabah dan mengelirukan.

Ramai rakyat mungkin terkeliru dengan manifesto mereka untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan memberi subsidi petrol sebagai langkah tepat menurunkan harga barangan. Ditambah dengan janji mengekalkan BR1M, sebahagian rakyat mungkin beranggapan mereka tidak akan hilang apa-apa.

Kempen ini mengelirukan rakyat atau lebih tepat menyesatkan. Sungguhpun mereka berjanji mengekalkan BR1M namun mereka tidak berjanji akan mengekalkan kadar dan klasifikasi penerima seperti sekarang.

Sehingga Mac 2018, semua pemimpin Pakatan Harapan menyatakan mereka akan membatalkan BR1M kerana ia merupakan sesuatu yang korup dan tidak relevan kepada rakyat.

Tun Mahathitr menganggap BR1M adalah dedak dan rasuah. Manakala Azmin Ali terang-terangan menyatakan bantuan kepada rakyat akan dibuat dalam bentuk lain terhad kepada penggunaan barang keperluan asas sahaja.

Sepanjang pentadbiran Mahathir beliau bukanlah orang yang bersedia memberi bantuan kepada rakyat. Beliau lebih suka memberi subsidi pukal kepada konglomerat dan tidak mustahil ia akan diwujudkan semula untuk memudahkan wang negara diberi kepada kroni-kroninya.

Jadi apabila Pakatan Harapan menyatakan mereka akan mengekalkan bantuan kepada rakyat B40 kita tidak tahu apakah bantuan tersebut dan berapa kadarnya.

Berdasarkan kenyataan dan pandagan pemimpin Pakatan Harapan sejak dua tahun lalu, saya pasti sebahagian besar penerima BR1M tidak lagi akan menerimanya jika PKR menang.

Pakatan Harapan berjanji untuk menghapuskan GST bagi menurunkan kos sara hidup rakyat seiring dengan hasutan mereka selama 4 tahun.

Persepsi yang mereka tanamkan bahawa GST menyebabkan kos sara hidup naik adalah palsu kerana sejak zaman Mahathir kita sentiasa berbicara isu harga barang naik. Lupakan perbahasan panjang lebar.

Pakatan Harapan mahu menghapuskan GST dalam tempoh 100 hari walaupun calon Perdana Menteri mereka sendiri keliru dalam sidang akhbar yang dibuat. Namun jika anda baca perincian kecil, dan kemudiannya disahkan oleh Mahathir, GST bukan dihapuskan tetapi diganti dengan sistem cukai lain.

Mereka tidak menyatakan apakah sistem cukai tersebut, berapa kadarnya, dan bagaimana ia boleh menampung sebahagian perbelanjaan subsidi dan kebajikan negara tidak langsung negara negara berjumlah hampir RM100 bilion dalam bidang perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan keselamatan sahaja.

Penggantian GST kepada cukai lain seperti SST akan hanya menaikkan harga barang sekali lagi. Ini telah terbukti dalam pelaksanaan GST. Walaupun kita mengenakan GST lebih rendah dari SST harga barang tetap naik.

Dengan memperkenalkan satu cukai baru, ia akan membolehkan peniaga sekali lagi menaikkan harga barang. Apa keuntungan kepada rakyat?

Selain GST, Pakatan Harapan juga berjanji akan memberi susbsidi petrol bagi menurunkan kos sara hidup. Apa yang kebanyakan rakyat tidak baca ialah subsidi petrol bersasar kepada kenderaan 1.3 cc dan ke bawah sahaja. Ini bermakna bagi kenderaan lain petrol dan diesel akan dijual secara pasaran bebas.

Jika ini berlaku ia akan mengakibatkan harga petrol dan diesel yang lebih tinggi berbanding sistem sekarang. Dalam sistem sekarang kerajaan mengenakan harga kawalan keuntungan tidak lebih dari 15% yang membolehkan harga petrol dan diesel Malaysia masih antara terendah di dunia.

Dalam sistem sekarang juga kerajaan mengecualikan cukai ke atas petrol dan diesel.
Jadi bagaimana dengan mengundi Pakatan boleh menurunkan kos sara hidup rakyat? Ia sangat tidak masuk akal cara mereka mahu menguruskan ekonomi. Sebab itu manifesto Pakatan Harapan dikritik oleh pelbagai pakar ekonomi termasuk Bank Dunia.

Satu-satunya pakar ekonomi yang menyatakan sokongan kepada manifesto ialah Jomo Kuwame Sundram, bekas pensyarah ekonomi Universiti Malaya yang menghabiskan sebahagian besar hidupnya mengkriti kerajaan Barisan Nasional sejak zaman Mahathir.

Jika kita mahu mencuba selama lima tahun pun bukanlah secara membuta tuli mendengar janji manis mereka.

Lihat juga apakah benar selama ini mereka prihatin kepada rakyat?

Satu-satunya yang boleh dibanggakan ialah memberi air percuma 20 meter padu pertama bernilai RM11 sebulan. Namun mereka mengurangkan perbelanjaan baik pulih dan menaik taraf sehingga Selangor sentiasa mengalami masalah gangguan bekalan air.

Pakatan di Selangor menjanjikan berpuluh ribu rumah kos rendah dan mampu milik namun akhirnya tertangguh begitu sahaja. Demikian juga tiada rumah untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhanan terbina di Pulau Pinang. Rakyat perlu faham soal rumah adalah soal tanah, dan ia di bawah kuasa kerajaan negeri.

Akhirnnya Kerajaan Persekutuan yang mengambil alih tanggungjawab membina Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dengan kos subsidi bagi memenuhi keperluan rakyat Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Ini tidak sepatutnya terjadi kerana dua negeri ini ketika jatuh kepada Pakatan Harapan merupakan negeri terkaya dan telah mampu melahirkan skim perumahan sendiri termasuk deposit RM1 di Selangor.

Pakatan hanya menampakkan mereka prihatin kepada rakyat menjelang pilihan raya sahaja. Dalam masa lima tahun macam-macam boleh terjadi jika ia terjatuh kepada pemimpin yang gila kuasa dan tidak peduli nasib rakyat.

Namun lebih penting tidak ada sebab untuk kita menukar Kerajaan Barisan Nasional dan Perdana Menteri Najib Razak yang telah melakukan transformasi terhebat negara.

Sebelum anda mengundi duduk sejenak dan lihat semula segala polisi yan dibuat oleh pentadbiran

Najib Razak dalam membangunkan negara ini.
Dari bantuan kepada rakyat miskin dan berpendapatan rendah (BR1M, 1AZAM, bantuan pesawah dan pekebun kecil getah), menaik taraf dan menambah perkhidmatan kesihatan termasuk Klinik 1 Malaysia, menaik taraf perkhidmatan keselamatan termasuk peralatan dan kediaman anggota pasukan keselamatan, menaikkan gaji kakitangan awam dan guru-guru.

Malah golongan muda yang menganggur juga kini dijanjikan elaun latihan selama enam bulan melalui Skim Latihan 1Malaysia dengan elaun bulanan antara RM1500-RM2000.

Sebelum anda mengundi, ingatlah falsafah pentadbiran Najib Razak hari ini menyentuh setiap pelusuk negara sehingga ke pedalaman dan luar bandar.

Bagi Najib Razak, “Pembangunan kita mesti bersifat inklusif, menyentuh setiap pelusuk ceruk rantau negara kita dari sempadan Thailand, Singapura, Indonesia sampai ke sempadan Filipina. kita mesti membawa pembangunan untuk semua rakyat Malaysia”

Inilah jiwa seorang Perdana Menteri bernama Najib Razak. Jika sebelum ini pembangunan negara bercorak pemusatan di bandar-bandar utama pantai barat dan kemudiannya melebar ke kawasan sekeliling, kini pembangunan negara bermula dari hujung negara dan bahagian tengah lalu melebar ke kawasan-kawasan sekitarnya.

Sejak 2009 sehingga kini, Kerajaan Barisan Nasional melancarkan 13 projek berimpak tinggi iaitu Lebuh raya Pan Borneo, Projek Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (KPLC), Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), Central Spine Road (CSR), Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), Landasan Berkembar Gemas-Johor, Lembah Wawasan Malaysia (MVV), Sistem Transit Rapid (RTS) Laluan Johor Bharu – Singapura, Mass Rapid Transit (MRT), Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia dan Lebuh Raya Pantai barat.

Sedemikian banyak perubahan yang menyelami denyut nadi rakyat, apakah kita akan melupakannya dan mengundi pihak lawan hanya kerana tuduhan-tuduhan liar mengenai 1MDB.

Sekian banyak agenda rakyat yang menjadi sebahagian transformasi pentadbiran Najib Razak, apakah kita mahu mengundi Pakatan Harapan kerana dana politik yang telah disahkan sendiri oleh Menteri Luar Negeri Arab Saudi.

Kita boleh terus bersangka buruk terhadap Najib Razak dan Barisan Nasional. Namun jangan lupa kebaikan di depan mata yang jauh lebih banyak.


Sebaran :

Leave a Reply