Blog Pakatan Dedah Calon PH Putrajaya Banyak Hutang & Tipu Orang?

Share

SEBUAH blog pro Pakatan Harapan hari ini mendesak calon parti itu bagi kawasan Parlimen Putrajaya, Dr. Samsu Adabi agar tampil menjelaskan dakwaan yang disebarkan bahawa beliau mempunyai hutang keliling pinggang akibat gagal dalam perniagaan, termasuk pernah menipu ramai orang, melibatkan wang yang banyak.

Blog yang aktif mempertahankan Pengerusi Pakatan Harapan Tun M itu, turut mendedahkan 3 keping surat yang menyenaraikan satu persatu ‘kesalahan’ yang didakwa dilakukan calon Pakatan dari PPBM tersebut termasuk dakwaan Dr. Samsu terpaksa membuat pinjaman peribadi untuk membayar balik wang pelabur dalam satu skim perniagaan berkonsepkan MLM yang diusahakannya.

Dalam surat yang sama, turut dinyatakan bahawa pinjaman peribadi ini dan pinjaman-pinjaman lain yang dibuat beliau sepanjang berkhidmat dalam kerajaan, melebihi pencen yang diterimanya sebagai pesara kerajaan selepas melepaskan jawatan di UKM untuk menceburi bidang politik.


Blog yang sama turut mendesak Dr. Samsu tampil membuat kenyataan bagi menafikan semua dakwaan yang dinyatakan dalam surat tersebut.

One thought on “Blog Pakatan Dedah Calon PH Putrajaya Banyak Hutang & Tipu Orang?

  • June 21, 2018 at 17:14
    Permalink

    Its time to tadbir tadbir tadbir
    not bangkang bangkang bangkang
    better focusing on country damage audit solution
    rather than wasting time on past case audit review..100days clock is thicking
    This is just a suggestion from the people voice
    depends on the authority to proceed or not

    Reply

Leave a Reply