Satu Syurga Dgn Kuan Yew, DAP Anggap Mahathir Kafir Dah Ka?

Share


MAHATHIR perasan dia mendapat sokongan cina bila melihat begitu ramai orang cina datang mendengar ceramahnya, waima ketika di Putrajaya yang hanya mempunyai pengundi berdaftar seramai 219 orang saja.

Dibelakang, pemimpin cina DAP seperti Superman Hiew dan Nga Kor Ming memperolok-olokkan Mahathir dengan begitu teruk sekali, termasuk menganggap bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew menunggu Mahathir di syurga untuk bermain Mahjong.

Apa gila cakap macam itu, ikut kepercayaan kita, takkan lah Kuan Yew dan Mahathir duduk dalam ‘syurga’ yang sama sebab sorang Islam dan seorang lagi tidak.  Tak tahulah kalau duduk dalam neraka yang sama sebab disitu saja Islam dan bukan Islam “berjumpa” untuk menjalani hukuman akibat dosa masing-masing semasa di dunia.

Tapi yang penting ialah, begitu sekali cina DAP memperlekehkan Mahathir demi menjamin undi orang cina tidak lari dari mereka.  Penghinaan yang diberikan ini bukan sikit tapi banyak sebab turut melibatkan akidah Mahathir – kalau fahamlah akidah tu apa bendanya.

Menyeret nama bekas Perdana Menteri negara jiran itu juga boleh dianggap sebagai menghina negara tetangga kita terutama Perdana Menterinya yang juga anak kepada mendiang Lee Kuan Yew.

Justeru, tidak salahlah kalau kita menganggap DAP berada dalam keadaan paling terdesak setelah tersilap perhitungan membawa masuk Mahathir dalam Pakatn ke tahap tidak menggunakan lambang parti tersebut dalam proses pilihanraya kali ini di Semenanjung.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *