Sandiwara Mahathir terbantut- Dihalang ziarah kubur Arwah Nik Aziz

Share


Kalau nak ziarah, datang selepas PRU-14’

Hasrat Tun Dr. Mahathir cuba membuat gimik menziarahi pusara Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, di sini tidak kesampaian apabila keluarga bekas Mursyidul Am Pas itu tidak mengizinkann-ya.

Dr. Mahathir sepatutnya dijadual melawat pusara Nik Abdul Aziz pada pagi ini selepas beliau menghadiri majlis be-ramah mesra dengan orang ramai di Kok Lanas, di sini.

Bagaimanapun, sebelum sempat rombongan Dr. Mahathir tiba, ahli keluarga dan sanak-saudara Allahyarham Nik Abdul Aziz terlebih dahulu memenuhi pekarangan Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka.

Mereka juga bertindak mengunci pagar pintu masuk ke tanah perkuburan tersebut.

Antara yang hadir ialah anak ketiga Allahyarham, Nik Adli Nik Abdul Aziz yang pernah ditahan ISA ketika di bawah pentadbiran Dr. Mahathir dan anak saudara Allahyarham, Ahmad Dasuki Abd. Rani.

Ketika ditemui pemberita, Nik Adli secara ringkas berkata, keluarga sebenarnya tidak menghalang sesiapa pun da-tang menziarahi pusara arwah bapanya.

“Cuma kita lihat perkara ini ada kepentingan politik. Jadi kita nak elak berlaku pertembungan dalam keluarga kami.

“Kalau nak datang ziarah, datanglah selepas PRU-14,” katanya yang enggan mengulas lanjut. – UTUSAN ONLINE


4 thoughts on “Sandiwara Mahathir terbantut- Dihalang ziarah kubur Arwah Nik Aziz

  • May 6, 2018 at 2:44 pm
    Permalink

    Kah, Kah, Kah. Padan muka orang tua penipu ni. Kamu hina keluarga para Syuhada Mamali lepas tu macam celaka pergi ziarah kubur Ust Ibrahim, Ust Fadzil Nor. Sekarang cuba pula pergi kotorkan pusara Tuan Guru Nik Aziz !!! Binatang apa kamu ni??

    Reply
  • May 6, 2018 at 3:49 pm
    Permalink

    bila lagi nak menziarahi pusara sendiri..

    Reply
  • May 6, 2018 at 4:00 pm
    Permalink

    Kita kutuk Anwar kuatkuat kerana langkah desperadonya buat bermacammacam hanya untuk dapat kuasa. KIni semua orang sudah lupa apa yang dibuat Anwar. Dia sendiri pun sudah redha bahawasanya tidak ada apa lagi yang boleh dibuatnya. Dia tahu untuk dia dapat sesuatu dia kena bersama kerajaan. Memahami hakikat ini dia pun terima bahawasanya semua itu bukan lagi untuk dirinya walau dia tetap simpan keinginan itu dengan berharap miracle berlaku.

    Apa yang dibuat M melebihi dari yang dibuat Anwar. Kita ingat kubur digali untuknya sebelum PRU, tapi belum rupanya. Allah Maha mengetahui.

    Reply
  • May 6, 2018 at 4:59 pm
    Permalink

    Kalau dia pergi perkuburan mangsa pembunuhan memali dizaman dia pasti tidak dihalang…persoalannya beranikah mamak kutty tu hendak pergi ?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *