PDRM buka kertas siasatan terhadap Dap ekoran pendedahan ahlinya sendiri.

PDRM tubuh pasukan khas siasat DAP

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuh sebuah pasukan khas menyiasat kenyataan ahli seumur hidup DAP, Amran Ahmad bahawa parti itu menjalankan propaganda jahat dan menyebarkan fitnah terancang menggunakan nama gabungan pembangkang PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya akan memanggil Amran dalam waktu terdekat bagi membantu siasatan.

“Pada bila-bila masa polis akan panggil dia (Amran) untuk diambil keterangan.

“Kita akan bertindak mengikut prosesur dan peruntukan undang-undang yang ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tinjauan Mesra Pencegahan Jenayah Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Menurut Mazlan, Amran telah membuat laporan polis di Balai Polis Pudu semalam dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

“Sebelum kita bertindak melakukan sebarang tangkapan, serbuan atau tindakan lebih lanjut, kita akan mengambil keterangan Amran Ahmad.

“Kita tanpa mengira parti politik mana dalam hal ini memang memandang serius aduan itu kerana jelas mengancam keselamatan negara dan demokrasi berparlimen.

“Apabila sesuatu perkara melibatkan ancaman negara berlaku kita polis tidak boleh berdiam diri,” katanya. – UTUSAN ONLINE

One thought on “PDRM buka kertas siasatan terhadap Dap ekoran pendedahan ahlinya sendiri.

  • May 6, 2018 at 8:02 pm
    Permalink

    Eloklah…siasat agar DAP ini terus diharamkan…mengamal idealogi songsang bagi meruntuhkan sebuah negara berdaulat Malaysia

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *