Pak Ngah Tanya Najib, Kenapa Orang Pakatan Pulak Jawab?

Share


MENURUT akhbar Sinar Harian, seorang warga emas bernama Razak Awang Kechil yang dipanggil Pak Ngah bertanya dalam satu siri ceramah Pakatan di Baling Kedah – apa yang Najib (Datuk Seri) agung-agungkan sangat tentang program transformasi?

Peliknya, soalan untuk Najib itu dijawab oleh calon Pakatan bagi kerusi Parlimen (tak disebutkan dimana) bernama Mohd Taufik Yaakob.  Macam nak muntah pun ada.  Soalan untuk Najib, kenapa pulak orang Pakatan ini yang jawab?

Apa yang diharapkan orang Pakatan bercakap tentang program transformasi Perdana Menteri?

Cuba tanya Najib atau orang Barisan tengok.  Dah tentulah jawapannya lain.  Yang digantikan SST dengan GST tu, sebahagian program transformasilah.  Apa ke bodoh?  UTC/RTC yang membantu memudahkan begitu banyak urusan rakyat itupun, sebahagian tranformasilah tu.  Malah BR1M yang kita yakin Pak Ngah dapat tiap-tiap tahun tu, adalah sebahagian daripada transformasi Najib.

Benda macam ni harap orang Pakatan jelaskan macam mana?

Tapi begitulah terdesaknya Pakatan dan surat khabar yang menyokong mereka.  Benda bodoh macam ini pun diangkat menjadi berita.  Padahal dari segala segi logiknya itu hampir tidak ada kelayakan sama sekali sebaliknya hanya layak menjadi bahan yang perlu ditertawakan.

Kalau yang disoal ni Mahathir, dah tentu warga emas yang berkenaan kena hina begitu saja.  Mahathir tahu sajalah, suka hina orang.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *