UMNO pecat keahlian Daim, Rafidah dan Rais – Tengku Adnan

Share


Lembaga Disiplin UMNO telah memecat tiga veteran UMNO yang juga bekas menteri iaitu Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim.


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengesahkan perkara itu berkata, surat pengguguran keahlian mereka telah ditandangani olehnya semalam.


“Saya berada di ibu pejabat UMNO semalam dan sudah menandatangani surat pengguguran keahlian mereka.


“Mengikut perlembagaan parti mereka sebagai veteran UMNO tahu bahawa tindakan mereka itu salah apabila berceramah di atas pentas pembangkang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan ketiga-tiga bekas menteri terbabit yang kini menyokong pembangkang.


Tambah Tengku Adnan lagi, beliau tidak bertindak berdasarkan ‘cakap-cakap’ sebaliknya sudah memperoleh bukti bergambar.- UTUSAN ONLINE


One thought on “UMNO pecat keahlian Daim, Rafidah dan Rais – Tengku Adnan

  • May 5, 2018 at 6:51 pm
    Permalink

    Bila kantung duit dah mula kempis, dan Najib tak layan nak bagi jawatan2 lumaiyan yang diangan2kan, maka si tua2 dah expired ni mulalah memaki hamun parti yang selama ini memberikan mereka kedudukan dan kemewahan. Siapa yang tak kenal kaki2 penyamun Daim, Rafidah? Mereka memimpikan akan diberikan imbuhan2 besar jika Pakatan menang. Inilah manusia yang nilai hidup mereka setaraf sampah sarap, tidak pernah puas dan syukur. Semoga mereka berkubor bersama2 Pakatan Haprak selepas pru14 ini.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *