Tangkap dan Dakwa Pemilik Saluran UbahTV Youtube

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia wajar mengambil tindakan ke atas pemilik saluran UbahTV di Youtube yang menyebar maklumat palsu, fitnah dan mengelirukan rakyat di bawah Akta Berita Palsu.

Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis Malaysia (Akar) Ab Jalil Backer mendedahkan dalam akaun facebooknya mengenai video terbaru UbahTv yang berjudul “#BinaHarapan: Tak Nak GST, undilah Pakatan Harapan

Menurut beliau SKMM perlu mengambil tindakan kerana jelas video tersebut merupakan fitnah dengan mendakwa Barisan Nasional akan menaikkan GST sehingga 20% selepas Pilihan Raya Umum 14. Lebih teruk ia mendakwa ayam kena GST, sedangkan kerajaan telah mengecualikan makanan asas termasuk ayam dari caj GST.

Menurut Ab Jali Backer, adalah amat menghairankan Parti DAP yang selalu cakap bohong, fitnah dan penipu masih mendapat sokongan sebahagian Melayu.

Beliau turut memohon SKMM mengambil tindakan ke atas pemilik akaun UbahTV ini yang dipercayai dikendali oleh Tony Pua.

Leave a Reply