Tersalah pilih, akidah terkorban

Share

Semua tahu, gabungan pembangkang PKR terutama DAP membariskan ramai calon yang terlibat secara aktif dengan pertubuhan yang mempromosikan gaya hidup sekular serta liberal pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Malah, ada daripada golongan tersebut menduduki hierarki kanan dalam parti terlibat sekali gus menarik sokongan pejuang hak asasi mengikut acuan Barat seperti yang ditunjukkan seorang peguam kontroversi.

Sehubungan itu, makin ramai ulama dan cendekiawan Melayu mengingatkan umat Islam agar jangan kerana ghai-rah hendak mengubah kerajaan, akhirnya akidah dan akhlak umat Islam menjadi korban.

Penegasan ini turut diutarakan Pengarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS) Universiti Teknolo-gi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Khalif Muammar yang mahu umat Islam berfikir sedalam-dalamnya sebelum menggunakan hak demokrasi 9 Mei ini.

Bagi beliau, tidak ada apa yang lebih tertinggi yang perlu diutamakan umat Islam melainkan soal akidah dan akhlak yang kini diasak oleh golongan liberal dan sekular yang meresapi gabungan pembangkang PKR.

Oleh itu, kata Dr. Khalif, tidak menghairankan kini beberapa tokoh yang sebelum ini terlibat secara aktif dengan agenda sekular serta liberal dilihat berkempen untuk gabungan pembangkang PKR.

Walaupun tidak menyebut nama individu berkenaan secara satu per satu, namun Dr. Khalif memberi contoh per-tubuhan-pertubuhan yang perlu diawasi kerana mempromosikan agenda liberal dan kini telah menunjukkan sokongan terbuka kepada calon PKR.

“Tokoh yang diketahui terlibat dengan pertubuhan seperti Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Is-lamic Renaissance Front (IRF) dan Institut Kajian Dasar (IKD) kini secara terbuka menunjukkan sokongan kepada gabungan pembangkang PKR.

“Ini memberi isyarat bahawa sekiranya mereka menguasai kerajaan kelak, agenda liberal dan sekular berpotensi meresap masuk ke dalam dasar-dasar yang akan dibentuk mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Malah, katanya, institusi Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga berada dalam bahaya kerana pertubuhan-pertubuhan ini pernah mengkritik institusi sebegini secara keras sebelum ini.

Sedangkan bagi, Dr. Khalif, kerajaan yang sedang berkuasa sekarang masih perlu menambah baik usaha mereka untuk memartabatkan Islam.

“Banyak lagi yang perlu dilakukan, tetapi sekurang-kurangnya kerajaan sekarang jelas mempunyai keinginan dan komitmen untuk melakukannya.

“Jangan korbankan akidah dan akhlak yang kita pelajari seumur hidup demi memperjuangkan hak demokrasi yang dinikmati lima tahun sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh rakyat Malaysia dan umat Islam ketika membuat pilihan dalam PRU-14 ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply