Mahathir berjuanglah atas kebenaran bukan fitnah demi fitnah – Tengku Adnan

Share

 

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta Tun Dr. Mahathir Mohamad berjuang atas kebenaran tanpa melakukan fitnah demi fitnah terhadap beliau dan pihak lain.

Calon kerusi Parlimen Putrajaya itu berkata, jika Pengerusi gabungan pembangkang PKR itu yakin dengan perjuangannya ketika ini, beliau perlu melakukannya dengan berpaksikan pada kebenaran.

“Tun, jangan berpolitik dengan melakukan pembohongan dan cuba mengelirukan rakyat serta warga Putrajaya sedangkan penduduk Putrajaya telah menjadi sebahagian daripada keluarga saya selama ini.

“Jika Tun menuduh saya pencuri, apakah yang telah saya curi sedangkan saya banyak menggunakankan harta yang saya ada bagi membantu rakyat. Melalui kontrak mana yang saya ambil sedangkan saya telah diisytiharkan sebagai antara orang terkaya di Malaysia pada tahun 1992, ketika itu saya adalah ahli perniagaan yang kemudiannya terlibat aktif dalam politik,” katanya di sini hari ini.

Dalam surat terbukanya kepada Dr. Mahathir yang diedarkan kepada media, Tengku Adnan menegaskan, beliau tidak pernah mencuri melalui mana-mana kontrak selain telah menyumbangkan tenaga mempertahankan bekas Perdana Menteri itu daripada serangan reformasi.

“Sudahkah Tun lupa, waktu Tun susah, saya mempertahankan Tun daripada serangan reformasi, Tun lupakah jasa saya ketika itu? Saya telah berpihak kepada Tun walhal antara Tun dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau lebih banyak sumbangannya dalam perniagaan saya,” katanya.

Dalam ceramah gabungan pakatan pembangkang di sini malam tadi, Dr. Mahathir menuduh Tengku Adnan sebagai pencuri dan pernah menghubunginya selepas tidak dilantik sebagai menteri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – UTUSAN ONLINE

One thought on “Mahathir berjuanglah atas kebenaran bukan fitnah demi fitnah – Tengku Adnan

  • May 5, 2018 at 11:03
    Permalink

    Harap semua rakyat dapat disatukan dan semua dapat hidup dengan aman dan harmoni.

    Reply

Leave a Reply